Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dihalang Jumpa Anak, Serina...

ANAK perempuan kepada Chef Wan iaitu Serina Redzuawan meluahkan rasa terkilan apabila bekas...

Malaysia, Laos Berhasrat Perluas...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Laos telah melahirkan hasrat untuk memperluaskan kerjasama dalam latihan,...

Pelarian: Myanmar, Bangladesh Cari...

YANGON - Myanmar dan Bangladesh bekerjasama bagi menyelesaikan isu pelarian terkandas di '’garisan...

Selepas Dikejar Burung Merak,...

IA bukanlah binatang ganas namun ketakutan budak perempuan ini terhadap burung merak begitu nyata...

Pengurus Hotel Didakwa Atas 96 Pertuduhan Pecah Amanah

MELAKA – Seorang pengurus hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 96 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai berjumlah RM54,594.10 pada tahun lepas.

Azmi Jaffar, 45, sebagai pengurus residen hotel yang diamanahkan dengan wang kutipan hasil jualan harian hotel, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan harta tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel City Park di sini antara 7 Mac hingga 1 Ogos tahun lepas.

Azmi dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dua jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membacakan kesemua 96 pertuduhan tersebut kepada tertuduh.


Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi menawarkan jaminan RM25,000, manakala peguam Mohan Singh yang mewakili Azmi memohon mahkamah mengurangkan jaminan anak guamnya kerana tertuduh pada masa ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kakaknya hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM15,000.

Hakim Norma Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori