Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Samun Di Bachok, Peniaga...

BACHOK - Seorang peniaga terbunuh manakala anak perempuannya cedera ditembak dalam kejadian samun...

Anak Ketua Pramugara MH370...

BERITA penemuan serpihan disyaki milik pesawat Malaysia Airlines MH370 di Pulau Reunion, Perancis petang...

Lawyers For Liberty Dakwa...

Badan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty melalui Pengarah Eksekutifnya Eric Paulsen hari ini,...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Besar...

Peniaga Kedai Aksesori Ditahan Terlibat Kes Samun

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga kedai aksesori yang nekad melakukan beberapa jenayah samun bersenjata setelah tertekan dengan perniagaannya yang menghadapi masalah, akhirnya ditangkap polis di Bandar Mahkota Cheras, Kajang petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata suspek lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai melakukan jenayah samun bersenjata menggunakan pistol tiruan dan senapang.

Katanya suspek mengaku terlibat dengan tiga kes samun di Cheras dan 12 kes samun di Kajang namun tiada rekod jenayah lampau dilaporkan.

“Pasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menahan suspek pada pukul 6.30 petang semalam ketika suspek berada di kedainya setelah melakukan intipan ke atas suspek.

“Identiti suspek dikenal pasti melalui rakaman litar tertutup di sebuah kedai serbaneka di Alam Damai 2, Cheras yang disamun suspek pada 5 Mei lepas dan kereta yang digunakan suspek,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata hasil pemeriksaan di premis milik suspek, polis menemukan sepucuk pistol tiruan, selaras senapang panjang berwarna hitam menyerupai M-16 dilengkapi teropong dan lampu suluh, tiga kelopak peluru kosong, topeng muka hitam, sarung tangan hitam, papan nombor plat serta sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna kelabu yang dipercayai digunakan untuk melakukan samun.

Abdul Hamid berkata pistol tiruan itu dipercayai dibeli secara dalam talian manakala pemilikan senjata senapang itu masih dalam siasatan.

Beliau berkata suspek dipercayai mula melakukan kegiatan itu sejak awal tahun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata dan Seksyen 37 Akta Senjata Api 1971. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori