Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Lama Sanggup Guna...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seorang pemimpin lama sanggup guna taktik hasut...

5 Negara Dengan Ketenteraan...

PASUKAN ketenteraan dianggap sebagai salah satu daripada cabang penting untuk menjaga keamanan dan...

PRK: BN Bertanding Untuk...

KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar...

Zaman Mahathir Usah Mimpi,...

INSAF... Kakitangan awam jangan bermimpi hendak menikmati ‘buah tangan berbakul-bakul’ jika mereka berkhidmat...

Penjawat Awam Ejen Transformasi Paling Hadapan – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam adalah ejen transformasi paling hadapan antara rakyat dan kerajaan.

Oleh itu penjawat awam perlu meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transformasi berjalan lancar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Cabaran penjawat awam adalah besar dan sentiasa menjadi perhatian dan pengukuran rakyat dalam menentukan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan sebaiknya,” katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata penjawat awam perlu bersyukur kerana dalam senario ketidaktentuan ekonomi, kerajaan masih meneruskan semua kemudahan saraan sektor awam tanpa membuat potongan gaji, walau satu sen pun.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa menjaga kepentingan anggota sektor awam dan kerajaan peka dengan kebajikan penjawat awam,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata peningkatan kebajikan serta kesejahteraan lebih 1.6 juta penjawat awam akan tetap menjadi keutamaan kerajaan dalam bergerak ke hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan pada Bajet 2016 kerajaan mengumumkan banyak perkara berkaitan kepentingan penjawat awam.


Antaranya bantuan khas RM500; pergerakan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred menjelang Julai akan datang; gaji minimum sektor awam RM1,200; pencen minimum RM950 dan menaikkan kadar pelepasan cukai individu.

“Ini telah memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam dan sudah pasti ia datang dari sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat di atas segala dokongan dan sokongan dari semua,” katanya.

Bagi memastikan penjawat awam mampu memiliki rumah idaman, Najib berkata melalui Bajet 2016, kerajaan juga memperuntukkan RM1.6 bilion bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) untuk membina 175,000 rumah, dijual 20 peratus rendah daripada harga pasaran.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM200 juta untuk Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), untuk membina 20,000 rumah mesra rakyat dengan subsidi RM20,000 seunit serta RM200 juta peruntukan bagi skim pembiayaan deposit rumah pertama.

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS dengan tema “Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara” hari ini turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal, Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda dan kira-kira 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori