Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LHDN Kutip Cukai RM175...

LANGKAWI : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan hasil cukai luar biasa...

James Jemut Masing Meninggal...

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72,...

Teman Serumah Guna Berus...

BAGAIKAN mimpi ngeri dan itulah yang dialami oleh Sarah dan kekasihnya apabila mereka...

Penduduk Bantah Pengambilan Padang...

PASIR PUTEH - Hampir 1,000 penduduk Kampung Haji Wan Omar, Tok Bali di...

Penjual Burger Hilang Sejak 30 April Lepas

KUALA LUMPUR – Seorang penjual burger di sebuah gerai di Taman Maluri, Cheras di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke rumah adik perempuannya di Ampang, di sini, sejak 30 April lepas.

Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras ASP S. Muniandy berkata pada hari kejadian, Sazli Ahmad, 59, yang berasal dari Temerloh Pahang, telah menumpang kereta rakan niaganya untuk ke rumah adiknya di Ampang.

Bagaimanapun, katanya kereta berkenaan mengalami kerosakan dan terhenti di Jalan Perkasa 1, di sini pada kira-kira 4 pagi, katanya di sini hari ini.

“Sazli kemudiannya memberitahu rakannya untuk berjalan kaki seorang diri ke rumah adiknya kerana mahu menunaikan solat Isyak dengan segera setelah 10 minit menunggu dalam kereta itu,” katanya.


Susulan itu, Muniandy berkata satu laporan polis berkenaan kehilangan Sazli dibuat adiknya pada 1 Mei lepas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan Sazli diminta menghubungi Balai Polis Cheras di talian 03-90252222 atau Sarjan Ahmad Salihim Arshad di talian 012-6583327. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori