Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kami Tak Lompat Parti,...

KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli menjelaskan pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar dan Khairi...

Kerajaan Tubuh 2 J/K...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang...

Serang Tebing Barat Untuk...

GAZA: Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Palestin yang diduduki, Francesca...

Cari Penyelesaian Elak Banjir...

BENTONG - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah murka dan sedih dengan kejadian banjir...

Penumpang KTMB Rugi Bila Mesin Touch N’ Go Rosak

PERKHIDMATAN Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan salah satu pengangkutan awam yang menjadi pilihan lebih 100 ribu penumpang setiap hari untuk menuju ke sesuatu destinasi, termasuk ke tempat kerja mahu pun ke tempat belajar.

Justeru inisiatif KTMB memperkenalkan sistem pembayaran tambang secara elektronik menggunakan kad Touch N’ Go bagi memudahkan pengguna yang ramai, sememangnya wajar dipuji.

Walau bagaimana pun kemudahan yang sepatutnya memudahkan urusan pengguna dilaporkan menjadi beban pula apabila mesin pengimbas Touch N’ Go yang digunakan sering mengalami masalah teknikal.

Salah seorang pengguna Shah Rizan, 33, yang ditemui Mynewshub merungut, masalah kerosakan mesin berkenaan di stesen UKM yang acapkali berkali menyebabkan beliau mengalami kerugian berganda.

Menurutnya ketika mahu ke pejabat pada awal pagi, mesin tersebut didapati sering rosak menyebabkan beliau terpaksa beratur panjang bagi membeli tiket secara manual.

WhatsApp-Image-20160523 (1)

WhatsApp-Image-20160523

Malang bertimpa apabila ada harinya kaunter tiket dibuka lewat hingga menyebabkan Shah Rizan tertinggal kereta api yang sepatutnya dinaiki untuk ke tempat kerja.

“Jika pihak KTMB stesen UKM sudah tahu mesin tersebut rosak kenapa kaunter jualan tiket pula lewat dibuka sehingga menyebabkan pengguna menjadi marah?” soalnya.

Kes ‘naya’ disebabkan mesin pengimbas Touch N’ Go rosak turut menimpa pengguna KTMB UKM ketika pulang dari kerja.

Boleh dikatakan kebanyakan pengguna yang memilih perkhidmatan Tounch N’ Go disebabkan mereka mahukan akses lebih mudah dan pantas, terutama dalam keadaan hendak bergegas atau mahu segera pulang selepas seharian bekerja.


Namun bayangkan bagaimana perasaannya apabila tiket Touch N’ Go yang sudah disentuh di stesen lain tiba-tiba bermasalah setibanya di stesen UKM.

Seorang penumpang yang enggan dikenali berkata, hati tambah sakit apabila petugas di stesen berkenaan yang ditanya cara penyelesaian memberitahu, dia perlu naik semula tren dan turun ke stesen sebelum UKM iaitu Kajang atau stesen selepasnya (Bangi) dan kemudiannya ambil teksi jika kenderaan diparkir di situ.

“Kalau terus balik tanpa ‘touch out’ pada pengimbas maka caj RM30 semasa ‘touch in’ selepas itu akan dikenakan manakala kalau kita ‘touch out’ keesokan harinya maka dikenakan caj RM10, masih berganda daripada harga sebenar.

“Harga juga berbeza, kalau tambang sehala dari stesen KTM turun ke KL Sentral RM4.30 sehala menggunakan Touch N’ Go tetapi kalau beli tiket harganya RM5,” ujarnya kesal.

Apa yang dapat dirumuskan, adalah tidak patut pengguna terpaksa pula mengeluarkan wang membeli tiket secara manual apatah lagi menukar stesen lalu mengambil perkhidmatan awam lain untuk kembali ke stesen KTM bagi menggunakan kenderaan mereka di sana, apabila mesin pengimbas Touch N’ Go yang disediakan rosak.

Sepatutnya keperluan pengguna dipenuhi sehabis baik, bukan membebankan mereka dengan masalah yang sepatutnya diselesaikan pihak pengurusan KTMB sendiri.

Justeru mesin pengimbas Touch N’ Go yang sering rosak mesti dibaiki atau diganti dengan kadar segera. Jika tidak maka kaunter tiket seharusnya dibuka lebih awal mengikut keperluan pengguna apabila keadaan mendesak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori