Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4 & 5 Jun...

PROGRAM SSM-ONE atau Online Networking Entrepreneurs 2015 yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia...

Makin Ramai Didenda Beri...

SINGAPURA - Lebih ramai orang termasuk pelancong asing didenda kerana didapati memberikan makanan...

MRT Phileo Damansara Rosak,...

KUALA LUMPUR : Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan yang...

Ramai Bantah Ketum Jadi...

PADANG BESAR - Polis Perlis secara dasarnya tidak bersetuju dengan sebarang cadangan atau...

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut Terbabas

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 41 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata mangsa Arzami Barimin, 30, yang berasal dari Muar, Johor meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki ZX1000-S dalam perjalanan ke Kuantan dari Kuala Lumpur bersama-sama 30 penunggang motosikal berkuasa besar yang lain.

“Mangsa bagaimanapun bergerak mendahului konvoi selepas berhenti di stesen minyak BHP Gombak dan apabila tiba di tempat kejadian telah terbabas ke kiri jalan dipercayai akibat menunggang dengan laju semasa menuruni selekoh berbukit.


“Kejadian menyebabkan mangsa dan motosikalnya melambung sebelum menghentam dinding batu di sebelah kiri dan masuk ke dalam longkang,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Mansor berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori