PELANTUN lagu Jangan Pisahkan, Deddy Dores meninggal dunia pada usia 65 tahuun, malam Selasa.
Allahyarham yang juga lagenda muzik Indonesia menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung di sebuah hospital di Bintaro, Jakarta Selatan.
Berita duka itu diketahui pada awalnya selepas laman akaun Twitter JK Records, @jkrecords yang tertulis “Rest in peace Deddy Dores.. #ripdeddydores #deddydores”.
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, pada 28 November 1950 sangat dikenali sebagai penyanyi dan penulis lagu slow rock.
Antara lagu yang menaikkan nama Dores adalah, ‘Jangan Pisahkan’ dan ‘Cinta Di Antara Kita’.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan di Sumedang, Jawa Barat. – MYNEWSHUB.CC