BINTANG pop Jepun, Mayu Tomita, 20, kini koma selepas ditikam lebih 20 kali seorang peminat fanatik.
Semuanya gara-gara Mayu bertindak memulangkan hadiah pemberian peminatnya itu, Tomohiro Iwazaki ketika dia menuju ke pentas bagi satu konsert di Koganei.
Mayu diserang suspek dan ditikam puluhan kali sehingga mengakibatkan kecederaan parah di leher dan dada.
Hasil siasatan polis, suspek berusia 20 tahun itu memberitahu dia marah apabila penyanyi pujaannya memulangkan semula jam yang dihadiahkan.
Iwazaki ditahan di tempat kejadian masih memegang pisau berlumuran darah, manakala Mayu yang segera dikejarkan ke hospital dilaporkan masih belum sedarkan diri.
Mayu merupakan antara artis JPop yang popular di negara matahari terbit dan dikenali kerana membintangi siri televisyen kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC