KUALA LUMPUR – Penyokong Pakatan Harapan enggan menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Sarawak masih yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negeri itu bagi memastikan keamanan dan kemakmuran yang berterusan di Sarawak.
Lantaran itu pelbagai cemuhan dan ejeken dilontarkan oleh penyokong Pakatan Harapan ke atas rakyat Sarawak kerana sebahagian besar mereka mengundi BN dan menolak pemimpin pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Tinjauan Mynewshub.cc di beberapa laman media sosial mendapati penyokong Pakatan Harapan kini cuba melabelkan rakyat Sarawak sebagai manusia bodoh yang tinggal di kawasan pendalaman.
Seorang pengguna Facebook menggunakan akaun Rahim Hussin berkata, kebanyakan rakyat Sarawak mengundi BN kerana mereka bodoh dan tidak berpelajaran seperti rakyat di Semenanjung Malaysia.
“Diorang susah, dan bodoh takde pelajaran mcm orang semenanjong,” katanya dalam nada biadap.
Seorang lagi pengguna Facebook menggunakan akaun Mohd. Hanif Safwan pula berkata, beliau tidak terkejut dengan kemenangan BN kerana mentaliti rakyat Sarawak bersifat pendalaman.
“Tak terkejut pun sebab kita semua tau mentaliti dan tahap pemikiran pedalaman orang2 Sarawak,” katanya.
Berikut komen-komen penyokong Pakatan Harapan lain yang penuh biadap sedang mengejek dan menghina rakyat Sarawak:
“Dlm hutan mmg la yg mn Segala kemudahan dinafikan bodo” – Nazlee Mohamad.
“Jgn jadi bodoh fikirlah masa depan anak cucu” – Visu Meena
“Sarawak boleh menang kerana banyak buta huruf” – Raj Kumar
“Sarawak bukan Malaya!” – Keendel Naakel
“Cina bodoh boleh laa…” – Malik Zul
“Org Borneo lain Mentaliti …!” – Epin Mohd
“Orang Sarawak tak ada modal lain, fikiran singkat” – Wak Jai
Beberapa rakyat Sarawak yang berang dengan penghinaan dilontarkan oleh penyokong Pakatan Harapan mempertahankan rakyat negeri itu:
“Yg bukan bangsa Sarawak, rasanya tak payah komen la. bodoh2 kan org, hina adat dan budaya org. u mahu berubah, mahu pembangkang menang, buat la kerja! last election DAP PKR menang byk kerusi, tapi tak buat kerja, ini kali kalah lah..easy as that!,” kata Carlos Rafael.
Akhbar Husayn pula berkata: “Bangsat korang semua ini!!!Korang ingat kami semua org sarawak makan dedak ke? Semua bodoh ke? Selama ini apa jasa pembangkang kt sarawak?..setakat kerja membangkang je tahu…mmg padan muka pembangkang kalah terok..taik korang…” – mynewshub.cc