Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bersatu Bina Ekonomi Berdaya...

KUALA LUMPUR - Segenap rakyat perlu terus bersatu dan bekerja sebagai sebuah negara...

Netizen Pertikai Nasi Lemak...

KECOH... Tidak habis dengan kes pemandu bas ekspres dibelasah kerana bayar separuh harga...

Hukuman Denda, Penjara Langgar...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak menolak kemungkinan meningkatkan kadar kompaun serta hukuman dikenakan kepada...

Ais Di Greenland Cair...

GREENLAND berdepan masalah lapisan ais yang mencair lebih pantas daripada dijangkakan, yang disifatkan...

Peraturan Mengenai Vape Dijangka Siap Hujung Tahun

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan kini sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain untuk merangka peraturan mengenai rokok elektronik atau vape yang dijangka siap penghujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

“Penguatkuasaannya akan meliputi pengeluaran, pengedaran dan penggunaan,” kata beliau kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan berhubung isu vape.

Laporan sebelum ini menyebut Argentina, Brazil, Singapura, Brunei, Oman, Qatar dan Thailand adalah antara 14 negara yang mengharamkan sepenuhnya penjualan dan pengimportan peranti vape.

Sementara di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Laporan sebelum ini menyebut Johor, Kelantan, Terengganu, dan Melaka merupakan negeri yang mengharamkan penggunaan vape. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori