TOKYO: “Dapatkah anda kenalpasti ini adalah patung seks kalau kami tak beritahu?”
Itulah tajuk berita yang dikeluarkan sebuah media Jepun tentang pameran patung seks secara besar-besaran di sana.
Patung-patung seks yang dihasilkan ternyata kelihatan seperti wanita sebenar yang mempunyai wajah dan bentuk badan cantik.
Setiap patung dijual dengan harga bermula USD10,000 (RM39,893) kerana perincian patung-patung yang dijual di pameran tersebut  begitu menyerupai wanita sebenar.
Pameran patung seks besar-besaran dengan nama Vanilla Gallery Tokyo dan Artificial OTOME Museum itu akan berlangsung sehingga 22 Mei tahun ini.
Kesemua bentuk dan rupa patung yang dihasilkan khas untuk lelaki kesepian itu, adalah hasil inspirasi dari lukisan wanita Jepun yang dihasilkan oleh Ikenaga Yasunari.
Walau bagaimanapun, pihak penganjur telah menetapkan bahawa hanya individu yang berusia melebihi 18 tahun dibenarkan memasuki pameran tersebut. – MYNEWSHUB.CC