Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jerman Larang Hantar E-mel...

Berlin - Kerajaan Jerman dijangka mewujudkan undang-undang baru pada 2016 yang melarang pekerja...

Gantung Lesen Jika Jual...

KUALA LUMPUR: Peniaga yang didapati sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok...

Persatuan Nelayan Kesal DAP...

KUALA LUMPUR - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mempersoalkan motif sebenar DAP memburuk-burukkan projek...

Malindo Air Ke Kota...

MELAKA - Syarikat penerbangan Malindo Air dijangka memulakan dua laluan baharu ke Kota...

Perlis Mahu Anjur Solat Istisqa Kali Kedua

KANGAR – Jabatan Mufti Perlis merancang untuk menganjurkan solat Istisqa buat kali kedua bagi memohon diturunkan hujan.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap solat kali ini yang belum ditetapkan tarikhnya akan dihadiri lebih ramai para pemimpin tertinggi negeri serta orang awam.

“Pada penganjuran yang lepas, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan untuk menyertainya yang turut dihadiri oleh kira-kira 800 jemaah.

“Namun saya agak terkilan kerana barisan tertinggi negeri hanya diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri, Hamdan Bahari,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Solat kali pertama diadakan pada 19 April lalu dengan kerjasama pihak Istana Arau di perkarangan istana.

Mohd Asri berkata lebih afdal jika ia disertai lebih banyak jemaah termasuk kepimpinan negeri kerana mereka yang lebih memikul beban untuk menyelesaikan masalah air yang sedang dihadapi ketika ini.

“Justeru marilah turun beramai-ramai untuk bersolat jemaah Istisqa yang dirancang akan diadakan di kawasan Empangan Timah Tasoh, Beseri.


“Semoga Allah perkenankan permintaan umatnya dengan menurunkan hujan yang banyak ke dalam empangan yang menjadi pembekal air bagi penduduk di utara negeri ini,” katanya.

Sementara itu Mohd Asri beliau memaklumkan bahawa pihaknya hari ini mengeluarkan surat galakkan kepada imam masjid agar membaca doa qunut nazilah bagi mendoakan keselamatan rakyat Syria.

Beliau berkata imam diminta membaca doa qunut tersebut pada setiap sembahyang fardu pada rakaat terakhir selepas rukuk sebagai meminta seluruh umat Islam di negara bergolak itu agar terlepas dari kezaliman.

“Doa qunut berkenaan boleh dibacakan mulai malam ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori