Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Belia Diseru Bijak Rebut...

KUANTAN - Golongan belia di negeri ini diseru bijak merebut segala peluang yang...

Khatan Perempuan Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Amalan mengkhatan kanak-kanak perempuan di kalangan umat Islam negara ini...

7 Aktivis Wanita Ditahan...

DUBAI - Pihak berkuasa Arab Saudi menahan tujuh aktivis wanita berpengaruh, beberapa minggu...

“Turun Naik Ringgit Itu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memantau prestasi ringgit dalam pasaran mata wang...

Permohonan Khalid & Ismail Sabri Batal Saman Nurul Izzah Didengar 17 Jun

KUALA LUMPUR – Permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan saman fitnah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar atas dakwaan menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara, akan didengar 17 Jun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Persekutuan Shaiful Nizam Shahrin mewakili Khalid dan Ismail Sabri manakala peguam Melissa Sasidaran bertindak bagi pihak Nurul Izzah.

Khalid dan Ismail Sabri memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu akhir Januari lepas atas alasan saman itu menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman itu pada 26 Nov 2015 dengan mendakwa Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 22 Nov 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa hari gambar yang memaparkannya (Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalulail Kiram yang dikatakan mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas Sabah, pada 2013.


Nurul Izzah mendakwa dalam makna asal atau biasa, perkataan-perkataan fitnah itu bermaksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan dalang di sebalik serangan dan pencerobohan Sulu ke atas Sabah.

Beliau juga mendakwa pada hari sama (22 Nov 21015), Ismail Sabri juga mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori