Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Rakaman Mudah Alih...

PUTRAJAYA -  Pasukan Petugas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak akan menjalankan kajian kemungkinan tentang penggunaan sistem rakaman mudah alih di balai polis bagi...

Najib Diberikan Sambutan Negara...

MALE (Maldives) – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba...

Doktor Pelatih Trauma Dibuli

KUALA LUMPUR - Doktor pelatih yang dibuli oleh pihak atasan disarankan untuk berani...

Pilih Dia Seperti Kamu...

PHILADELPHIA - Presiden Barack Obama merayu rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih Hillary Clinton...

Pernah Bankrap 6 kali Sebelum Bergelar Jutawan

PENGASAS kosmetik, Datuk Aliff Syukri berkongsi kisah hidupnya sebelum bergelar jutawan termasuklah mengalami gangguan pembelajaran yang menyukarkannya untuk membaca dan menulis.

“Ramai yang tidak mengetahui kisah hidup saya yang saya tidak tahu berbahasa Inggeris dan disahkan disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit tetapi merupakan gangguan pembelajaran yang menyebabkan saya sukar untuk membaca dan menulis,” katanya kepada portal Astrogempak.

Aliff turut menceritakan kisah pahit yang menimpa diriya sebelum bergelar jutawan, dia pernah disamun ketika mempromosikan produknya dari rumah ke rumah.

Sebelum bergelar jutawan, beliau juga pernah mengalami gangguan kewangan sehingga menyebabkannya bankrap sebanyak enam kali.

Beliau telah berkongsi pengalamannya itu di dalam bukunya.

“Bukan mudah untuk saya bangkit selepas disamun dan bankrap. Tujuh tahun saya membina empayar dan untuk bergelar jutawan ia bukan sesuatu yang mudah.


“Pelbagai pengalaman terpaksa dilalui yang tak semua orang tahu mengenainya.

“Disebabkan itu, saya menghasilkan sebuah buku yang lebih seperti sebuah ‘diari’ untuk menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang mahu bergelar usahawan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori