Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Jenis Riak Yang...

ZAMAN teknologi di hujung jari sekarang sering menyebabkan segelintir pengguna laman sosial memuat...

5 Bintang Hollywood Dengan...

MASA untuk gembirakan hati kaum wanita di luar sana!Sebelum ini gambar '5 aktor...

Pertembungan 6 Penjuru Di...

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

Manusia Paling Gemuk Di...

MANUSIA paling gemuk di dunia, Eman Ahmed Abd El Aty, 38, yang tidak...

Pertengkaran Pemain, Penyokong Di Stadium Likas

KOTA KINABALU –  “Kalau abang rasa boleh main, ambil kasut saya masuk main.”

Ayat yang dilemparkan oleh salah seorang pemain bola sepak Perlis kepada sekumpulan penyokong mereka sebaik tamat perlawanan menentang Sabah dalam saingan Liga Perdana di Stadium Likas, di sini semalam.

Tindakan kurang profesional pemain pertahanan, Arman Fareez Ali mengundang kemarahan kepada penyokong Perlis yang sanggup mengharungi beribu-ribu kilometer merentasi Laut China Selatan untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Singa Utara itu.

perlawan skuad perlis menentang sabah

Mereka bukan saja kecewa dengan kekalahan 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, malah tidak berpuas hati prestasi pasukan bimbingan Dollah Salleh yang terus mempamerkan aksi buruk, insiden itu langsung tidak dijangka, kata Dollah,

Menurut salah seorang penyokong Perlis yang menyaksikan perlawanan itu, sebaik wisel penamat ditiupkan mereka memanggil kesemua pemain untuk mendapatkan penjelasan kerana terus-menerus mempamerkan aksi tidak bertenaga.

“Kami bertanya kepada pemain apa yang sudah berlaku dan minta penjelasan kerana sudah beberapa perlawanan prestasi mereka hambar dan tidak meningkat,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, ketua pasukan, Afif Amiruddin dan anak jati negeri itu, Azmizi Azmi, berusaha untuk menerangkan apa yang berlaku dengan menekankan kerana sudah memberikan aksi terbaik.

“Tapi secara tiba-tiba, salah seorang pemain (Arman) mencelah dan berkata kepada kami yang dia sanggup memberikan kasutnya supaya kami pula bermain menggantikan tempatnya.


“Kami terkejut dengan kata-kata seperti itu yang keluar dari mulut pemain berkenaan. Apa yang kami mahukan hanya penjelasan mengenai kemerosotan prestasi tapi dibalas dengan kata-kata kurang profesional.

“Kami mahu pemain itu memohon maaf,” kata penyokong Perlis itu yang enggan dikenali.

Apa yang dilakukan pemain berkenaan juga menjadi viral di beberapa laman sosial dan mendapat reaksi negatif daripada netizen.

Selepas 11 perlawanan Perlis hanya mencatatkan tiga kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan untuk berada di tangga kelapan liga, lebih satu mata daripada Sabah yang menghuni tangga kesembilan.

Lebih menarik skuad ini dibarisi beberapa pemain berpengalaman dan Dollah pula bekas jurulatih kebangsaan, namun apa yang diharapkan penyokong untuk melihat Perlis kembali ke Liga Super musim depan sangat samar.

– MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori