Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rafizi Tetap Nak Demo...

Dah namanya pembangkang, maka kerjanya adalah membangkang.Itulah yang boleh dikatakan terhadap kenyataan terbaharu...

Remaja Rohingya Didakwa Bunuh...

REMAJA lelaki etnik Rohingnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur, hari ini,...

Lelaki Sakit Mental Menyesal...

QIANQIAN 'Queenie' Xu hanya sempat melihat dunia selama dua bulan sahaja selepas dilahirkan...

Pahang, Johor Alami Hujan...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan...

Pesawat EgyptAir Dari Paris Ke Kaherah Terhempas?

KAHERAH – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan Mesir, EgyptAir dikhuatiri terhempas selepas didapati hilang daripada radar menara kawalan trafik udara tempatan.

Menurut kenyataan rasmi syarikat tersebut menerusi laman sosial Twitter lewat pagi Khamis, pesawat penerbangan MS804 itu berlepas dari Paris, Perancis menuju ke ibu kota Mesir di sini.

EgyptAir dalam kicauan Twitter itu menambah, pihaknya akan mengemas kini perkembangan terbaharu mengenai keadaan pesawat jenis Airbus A320-200 tersebut dari masa ke semasa.

Ia mula berlepas dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di Paris kira-kira pukul 11.09 malam pada Rabu (bersamaan 5.09 pagi pada Khamis waktu Malaysia).

Pesawat yang membawa 59 penumpang dan 10 orang anak kapal tersebut dikatakan hilang sekitar 16 kilometer sejurus memasuki ruang udara Mesir di timur Laut Mediterranean.

egyptair2

Syarikat itu menjelaskan, pesawat lenyap daripada radar ketika terbang pada ketinggian 37,000 kaki atau 11,000 meter dari paras laut pukul 2.45 pagi waktu Mesir (8.45 pagi waktu Malaysia).


Media melaporkan, pesawat dengan nombor pendaftaran SU-GCC itu telah pun tiga jam 40 minit terbang dan ia sepatutnya mendarat pukul 3.05 pagi waktu Mesir (9.05 pagi waktu Malaysia).

Naib Pengerusi EgyptAir, Ahmed Abdel mengesahkan tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat tersebut dan pihaknya percaya ia mungkin terhempas ke kawasan laut.

Kementerian Penerbangan Awam Mesir dilaporkan mengerah pasukan pencari dan penyelamat ke lokasi terakhir pesawat dengan bantuan pihak berkuasa Greece. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori