Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Virus Zika: KKM Sentiasa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Singapura bagi mendapatkan...

Polis India Tahan Taukey...

New Delhi - Polis India menahan seorang lelaki dipercayai ketua sindiket pembekal haram...

Katy Perry, Orlando Bloom...

HUBUNGAN pasangan sensasi, Orlando Bloom dan Katy Perry dikhabarkan putus di tengah jalan...

Anih Berhad Edar Kurma,...

KUANTAN - Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad akan mengedarkan 20,000...

‘Pop-Up Shop’ PETA Didik Penggemar Barangan Kulit

PERTUBUHAN Hak Asasi Haiwan (PETA) Australia baru-baru ini telah bekerjasama dengan syarikat pengiklanan Ogilvy & Mather dalam menghasilkan sebuah iklan untuk memberi kesedaran kepada penggemar barangan kulit.

Dalam kolaborasi ini, mereka telah menubuhkan sebuah kedai mini atau ‘pop-up shop’ di pusat beli-belah Central World, Bangkok, Thailand untuk memaparkan penderitaan haiwan di sebalik barangan kulit yang dijual.

PETA Tubuh 'Pop-Up Shop' Beri Kesedaran Kepada Penggemar Barangan Kulit

Di dalam klip video yang berdurasi selama 1 minit 54 saat itu, seorang penggemar barangan kulit tidak teragak-agak untuk mengambil dan melihat barangan kegemaran mereka itu.

Namun alangkah terkejutnya apabila mendapati barangan itu masih lagi berlumuran darah manakala beg kulit masih lagi mempunyai denyutan jantung di dalamnya.

PETA Tubuh 'Pop-Up Shop' Beri Kesedaran Kepada Penggemar Barangan Kulit


Sebelum ini Mynewshub ada berkongsi kempen dilancarkan PETA bagi menggesa pengeluar jenama mewah terkemuka dunia untuk memberhentikan penggunaan kulit asli daripada haiwan seperti burung unta sebagai bahan utama produk keluaran mereka.

Melalui kempen itu, PETA mengangkat slogan ‘haiwan bukan pakaian’ untuk memberikan kesedaran kepada orang awam terutama sekali penggemar barangan kulit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori