PENYANYI kumpulan Fifth Harmony dari Texas, Ally Brooke telah dikutuk ramai akibat kesilapan photoshop yang paling epik, iaitu diberikan dua kaki kanan, dalam gambar yang menghiasi sebuah majalah.
Peminat yang mempunyai mata tajam dapat mengesan kesilapan tersebut lalu memuatnaik gambar berkenaan dalam Twitter.
Menyedari kesilapan berkenaan, Ally bagaimanapun tidak marah sebaliknya masih sempat bergurau.
“Apabila anda cuba kelihatan comel meskipun anda mempunyai dua kaki kanan…,” katanya yang dimuatnaik dalam Twitternya.

Bagaimanapun ada juga peminat yang mencetuskan persoalan, sama ada Ally sebenarnya cuba menyembunyikan sesuatu.
“Adakah Ally mempunyai dua kaki kanan? Bolehkan Ally mengesahkan atau menafikannya,” demikian persoalan yang dicetuskan oleh peminatnya.
Namun majalah yang menerbitkan gambar itu, Billboard menafikannya dan mendakwa imej itu telah dimanupulasi oleh pihak lain.
“Gambar yang tersebar dalam media sosial itu telah dimanuplasi. Ia tidak pernah diterbitkan oleh Billboard,” kata jurucakapnya. – MYNEWSHUB.CC