Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Musa Hitam Wakili Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam akan mewakili Perdana...

Cikgu Salahkan Sekolah Sebab...

SEORANG guru wanita dari Washington, Amerika Syarikat menyalahkan sekolah tempatnya mengajar yang menjadi...

Kertas Siasatan Dera Amah...

GEORGE TOWN - Kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai...

PAS Sambut Baik Anugerah...

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik penganugerahan khas Maal Hijrah sempena Sambutan Maal...

PIBG, Sekolah Disaran Pasang CCTV Pantau Kes Disiplin

TAIPING – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sekolah disaran mengambil inisiatif untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai antara langkah membendung kes disiplin dalam kalangan murid.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini kerana kementerian mengambil pendirian untuk tidak mewajibkan PIBG dan sekolah memasang CCTV di sekolah, sebaliknya ia merupakan inisiatif masing-masing.

“Terpulang kepada sekolah untuk mengambil inisiatif kerana itu merupakan salah satu langkah yang baik bagi membanteras gejala tidak sihat di kawasan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Larut di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas langkah Sekolah Kebangsaan (SK) Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang yang menjadi sekolah rendah pertama di negara ini memasang CCTV bagi mengesan dan mencegah kes salah laku dan masalah disiplin pelajar.


Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, berkata sebanyak sembilan CCTV dipasang di beberapa lokasi strategik di sekolah itu dalam usaha memantau keadaan di dalam dan luar kawasan sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori