Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penculik Ancam Bunuh Foley...

BOSTON - Syarikat media kepada wartawan yang diculik di Syria, James Foley mendedahkan...

Insentif Pengecualian Cukai Jualan...

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memutuskan untuk melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan ke...

Saran Perokok Berhenti Merokok...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar usaha...

28 Dipenjara Seumur Hidup...

BUENOS AIRES - Seramai 28 orang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah...

PINTA Puji Najib Berhubung Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman blog rasmi beliau dua hari lepas mengenai hasrat kerajaan untuk membangunkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Presiden PINTA Kebangsaan, Mohd Zahid Mahmood al-Hafiz dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam laman blog beliau itu, Najib secara jelas menyebutkan bahawa Dasar Pendidikan Tahfiz Negara adalah amat penting bagi memperkasakan bidang pendidikan dan sumber modal insan negara.

Perdana Menteri melalui blog rasmi Najib Razak (www.najibrazak.com) pada 5 Mei 2016 berkata: “Insya-Allah, bagi memperkasakan lagi bidang pendidikan dan pembangunan sumber modal insan negara, kerajaan akan membangunkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara bagi menjayakan impian kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden, maju dan berpendapatan tinggi namun masih kental berpegang dengan jati diri dan nilai kita yang tersendiri.”

Najib menyatakan demikian dalam perutusan beliau sempena Israk dan Mikraj 1437/2016 yang disambut pada Khamis lepas.

Perdana Menteri menulis: “Di samping Program Transformasi Nasional yang telah berjalan dengan baik, kita juga telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia untuk mengukur pencapaian negara.

“Insya-Allah, bagi memperkasakan lagi bidang pendidikan dan pembangunan sumber modal insan negara, kerajaan akan membangunkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara bagi menjayakan impian kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden, maju dan berpendapatan tinggi namun masih kental berpegang dengan jati diri dan nilai kita yang tersendiri.”

Mohd Zahid berkata bagi PINTA, pernyataan yang positif itu perlu didukung oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan tahfiz di negara ini.


Katanya, malah tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa semua pihak perlu menjadikan sokongan kepada pembangunan institusi tahfiz sebagai satu komitmen bersama.

Beliau berkata betapa madrasah-madrasah tahfiz yang mendidik tidak kurang 40,000 pelajar tahfiz di seluruh negara seolah-olah tidak disedari kewujudan mereka.

“Boleh dikatakan kesemua 40,000 pelajar tahfiz ini adalah anak watan negara ini yang mana ibu bapa mereka adalah pembayar cukai negara serta penyumbang langsung kepada pembangunan negara.

“Sesungguhnya bidang tahfiz al-Quran adalah satu kemahiran yang tersendiri di mana ia merupakan asas kepada pengajian ilmu Islam yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata justeru, PINTA menyarankan semua pihak terutamanya institusi tahfiz di negara ini agar sentiasa komited dalam proses mendidik dan membina generasi Al-Quran dan pewaris nabi yang berkebolehan dalam segenap aspek kehidupan yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori