Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Akar Umbi Harus...

SIMUNJAN – Pemimpin peringkat akar umbi terutama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)...

Jual Ubat Seludup Kepada...

Seremban : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri Sembilan...

Bosan Didesak Beli Kereta,...

JAKARTA - Bak kata pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah...

Penganggur Hina Agong Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen, di...

Pisau Dibaling Rakan Sekelas Terpacak Belakang Kepala

BEIJING – Seorang budak perempuan terselamat selepas rakan sekelasnya membaling pisau yang terpacak di kepalanya secara tidak sengaja.

Mangsa dikenali sebagai Lin, 12, meninggalkan taman di Dongguan, selatan China, bersama rakannya pada 16 Mei lalu selepas bertengkar dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun.

Budak itu kemudian membaling pisau ke arah mereka yang tanpa disangka terpacak di belakang kepala Lin.

Lin terus dikejarkan ke hospital dan doktor melakukan pembedahan serta-merta mendapati pisau itu menembusi tengkoraknya, tetapi tidak terkena pada otak.

Gambar disiarkan media China menunjukkan pisau itu terpacak pada belakang kepalanya.

Pisau itu berjaya dikeluarkan dan Lin kini stabil.


Budak lelaki terbabit pada mulanya ditahan polis tetapi dibebaskan kerana atas faktor usia.

Media China melaporkan, dua keluarga terbabit sudah berdamai dan mencapai persetujuan di luar mahkamah.

Keluarga budak lelaki terbabit membayar sebahagian besar bil perubatan berjumlah 8,000 yuan (RM5,000). – Agensi

  • Lagi berita berkaitan:
  • pisau

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori