Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tahniah HKL, Adik Nurfadzilah...

GAMBAR seorang remaja perempuan yang memaparkan keadaan sebelum dan selepas dia menjalani pembedahan...

Tentera Brazil ‘Berperang’ Lawan...

BRASILLIA - Pihak berkuasa Brazil mengerahkan lebih 200,000 anggota tentera pergi rumah ke...

Kerajaan Digesa Batal Dasar...

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengkaji...

Tandas Awam Perlu Dijamin...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

PM India Dipaksa Pembangkang Untuk Tunjuk Bukti Ijazah

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi dipaksa menunjukkan ijazah miliknya, beberapa hari selepas pesaing politik menuduh beliau menipu mengenai latar belakang akademik menamatkan pengajian di universiti.

Menteri Kewangan, Minister Arun Jaitley dan pemimpin parti pemerintah, Amit Shah dalam satu sidang akhbar khas sebelum itu mengeluarkan satu salinan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Ijazah Sarjana milik Modi.

Mereka menuduh pihak pembangkang cuba melancarkan kempen untuk memburuk-burukkan Modi.

Presiden Parti Bharatiya Janata (BJP) Shah menuntut pemimpin Parti Aam Admi (AAP), Arvind Kejriwal memohon maaf kerana menyebarkan penipuan mengenai perdana menteri, ketika pertikaian politik berhubung ijazah berkenaan memuncak.

“Jika anda (Kejriwal) tidak mempunyai sebarang bukti, bagaimana anda boleh membuat dakwaan sebegitu? Anda cuba menyebarkan fitnah.


“Anda mesti memohon maaf secara terbuka kepada seluruh negara,” kata Shah yang juga Ketua Menteri Delhi kepada Kejriwal, yang juga musuh tradisi Modi.

Minggu lalu beliau menuduh Perdana Menteri berbohong mengenai menamatkan pengajian di Universiti Delhi dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan memperoleh Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Gujarat. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori