Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Warga M’sia Terlibat Sindiket...

SUNGAI GOLOK - Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok...

“Poyolah, Pinjam Sikit Pun...

MUNGKIN anda akan bersetuju dengan apa yang ingin kami perkatakan ini.. Tidak kira tua...

Krisis FGV: SPRM Tiba...

KUALA LUMPUR – Beberapa pegawai daripada SPRM tiba di ibu pejabat Felda Global Ventures...

Kantoi Ugut Rakyat… U-Turn...

SEMALAM, seluruh rakyat Malaysia terpana apabila media tempatan lapor Setiausaha Agung DAP, Lim...

PM Lakukan Lawatan Kerja Sehari Di Terengganu Esok

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu, esok.

Mengikut jadual lawatan perdana menteri ke Terengganu yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Terengganu hari ini, Najib dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada kira-kira 8.45 pagi.

Perdana Menteri dijadual memulakan lawatan kerja dengan melakukan tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang dan kemudiannya merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu sebelum mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional negeri.

Pada pukul 3 petang, Najib dijadual merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Takir sebelum berlepas pulang ke ibu negara.


Pada majlis itu, Perdana Menteri akan menyampaikan sijil penyertaan kepada tujuh wakil murid sekolah yang menyertai Program Empower Akademik ECER dan peserta program Empower ECER Seberang Takir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori