Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pelawak Zulin Aziz Kini...

ALHAMDULILAH.... nampaknya bulan ini melakarkan sejarah buat artis-artis tempatan kita seperti Hanis Zalikha,...

KKMM Ambil Tindakan Tegas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil tindakan tegas terhadap...

Pelan Induk Perumahan ATM...

KANGAR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menyifatkan Pelan Induk...

Pergi Kelab Malam Bersuka...

ANTARA banyak cara lelaki mencari hiburan ialah dengan mengunjungi kelab malam. Namun apa...

Polis Buru ‘Ayat’ Disyaki Terlibat Kumpulan Curi Kereta

MELAKA – Polis sedang memburu seorang lelaki berusia 20-an dikenali sebagai ‘Ayat’ disyaki terlibat dengan sebuah kumpulan curi kereta yang bergerak aktif sekitar Melaka dan Kuala Lumpur sejak Februari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Mohd Kamal Zainal berkata polis percaya Ayat berada di sekitar Kuala Lumpur dan polis telah menahan rakan sekumpulannya itu seorang lelaki yang bernama Izat, 23.

Beliau berkata Izat, yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan Ayat, ditahan di kawasan Lorong Pandan di sini bersama sebuah kereta dilaporkan hilang di Bukit Baru di sini kira-kira 1.40 pagi kelmarin.

“Modus operadi kumpulan tersebut adalah mereka bergerak secara berdua menggunakan kereta milik Ayat dan menyasarkan kenderaan lama yang mudah dicuri menggunakan kunci Allen.


Izat akan bertindak membuka kereta berkenaan sebelum dilarikan dan semua kenderaan berkenaan akan disimpan sebelum mendapat pembeli yang menawarkan harga yang berpatutan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata dalam masa 24 jam selepas tangkapan Izat pihaknya berjaya menemui tiga kenderaan curi yang mana dua dilaporkan hilang di Melaka dan satu di Kuala Lumpur antara Februari dan April lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori