Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PRU15: Mujahid Isytihar Dua...

PARIT BUNTAR : Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid...

Alumni UiTM Diingatkan Hargai...

SHAH ALAM – Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan supaya terus menghargai jasa...

‘Orang Malaysia Bodoh’, Komen...

Mungkin kecewa dengan prestasi Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Mantan Perdana Menteri berkata,...

2 Lagi Jemaah Haji...

MAKKAH - Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu...

Polis Selangor Rampas 600,000 Pil Eramin 5 Bernilai RM9 Juta

SHAH ALAM – Polis Selangor merampas 600,000 biji pil Eramin 5 bernilai RM9 juta di sebuah gudang di Telok Gong, Pelabuhan Klang pada 22 Mei lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, rampasan kira-kira pukul 2 petang itu adalah susulan tangkapan seorang lelaki berusia 30-an bersama 60 kotak berisi pil berkenaan di dalam kereta Toyota Vellfire di kawasan yang sama, pada 18 Mei.

“Suspek berusia 30-an itu telah dibawa ke gudang yang terletak di Jalan Udang Gantung dan di sana polis telah berjaya merampas 60 kotak saiz sederhana berisi 600,000 pil sama dianggarkan seberat 17.52 kg.

“Sebiji pil itu bernilai RM15 mengikut harga pasaran. Siasatan awal mendapati dadah ini diimport dan dibawa masuk ke negara ini dengan kapal kontena serta diisytihar sebagai ubat-ubatan pelbagai jenis,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati pil-pil yang dirampas di gudang berkenaan adalah yang ketiga dibawa masuk ke negara ini manakala yang telah dirampas bersama-sama tangkapan suspek sebelum ini merupakan kiriman (consignment) yang kedua.

“Daripada maklumat yang kita perolehi, pil-pil dengan jumlah sama yang pertama kali dibawa masuk ke negara ini oleh sindiket sama telah terlepas,” katanya.


Abdul Samah berkata, pihaknya akan menyiasat kemungkinan wujudnya penglibatan orang dalam pihak berkuasa pelabuhan.

Tambah beliau, pihaknya juga sedang mengesan seorang lagi suspek warga tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pertama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori