Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Untunglah….Jadi Jutawan Dalam Masa...

UNTUNGLAH…Hanya dalam masa semalaman, Lynsi Snyder, menjadi jutawan selepas menerima 97 peratus saham...

Persoalan Kini Terjawab, Nora...

TAHNIAH! Kami ucapkan buat pelakon sensasi, Nora Danish kerana memang kini disahkan sedang...

Hukuman Sebat Pesalah Syariah...

KUALA LUMPUR – Hukuman sebat terhadap pesalah syariah di tempat terbuka merupakan satu...

Shanghai Mula ‘Kurung’ Penduduk...

SHANGHAI: Penduduk Shanghai bergegas untuk membeli barangan runcit hari ini sebagai persediaan untuk...

Popov Yakin Kelantan Mampu Raih 3 Mata Berdepan Selangor

KOTA BHARU – Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov yakin pasukannya akan membawa pulang tiga mata atau sekurang-kurangnya seri berdepan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, esok.

Jurulatih yang baru dilantik itu berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan pemain The Red Warriors dalam sesi latihan sejak tiga hari lepas.

“Saya akui masa tiga hari adalah singkat untuk membentuk pasukan, tetapi saya percaya mampu melakukan sesuatu untuk meningkatkan keyakinan pemain dan membawa pulang mata bagi Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada masa yang sama, pengendali kelahiran Bulgaria itu sedar bahawa Selangor memiliki banyak pemain hebat, terutama di bahagian serangan.


“Mereka mempunyai ramai penyerang yang bagus seperti Patrick Ronaldinho, Mauro Olivi, Andik Vermansyah dan Nazmi Faiz Mansor. Mereka boleh memberi ancaman kepada pasukan kita.

“Namun, saya percaya kesemua pemain tidak akan memberi ruang kepada pemain Selangor untuk bergerak bebas, dan saya jangka mereka mampu menampilkan prestasi yang baik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori