SINDIKET perjudian kini dilihat semakin berani apabila secara terang-terangan menyebarkan risalah iklan pembukaan premis perjudian baru di Taman Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Malaysia Crime Watch atau Mywatch,ĆāĆĀ iklan mengenai premis judi itu disebarkan dengan cara memasukkan risalah ke dalam peti surat kawasan perumahan selainĆāĆĀ dikepilkan pada wiper kenderaan penduduk.
“Kedai mesin judi terbaru kini dibuka di Ken Rimba! Mau kaya raya datanglah sekarang juga, tunggu apa lagi?” demikian tertulis iklan padanya.
Pemilik premisĆāĆĀ turut menawarkan hadiah berupa kupon RM10 sekiranya ia dibawa sewaktu mengunjungi kedai judiĆāĆĀ tersebut.
Agaknya mengapakah premis judi yang akan beroperasi 24 jam ini dengan beraninya mempromosikan secara terbuka kegiatan haram mereka?
Adakah ia dinaungi oleh sindiket perjudian yang besar dan yakin premis mereka tidak akan berani disentuh oleh pihak berkuasa?
Kami menggesa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera melakukan serbuan ke atas premis yang bermaharajalela diĆāĆĀ Taman Ken Rimba, Shah Alam ini apatah lagi ia terletak tak jauh dari UiTM Shah Alam sekaligus dibimbangi boleh mempengaruhi golongan pelajar yang tinggal di kawasan sana terjebak dengan kegiatan perjudian. – MYNEWSHUB.CC