Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Padah Buat Laporan Palsu...

TELUK INTAN - Hanya kerana mahu mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara...

Lelaki Ini Umpama Wira...

Alahai, geleng kepala kami dibuatnya apabila melihat gambar yang viral di laman sosial...

Fatehah Tersingkir Seawal Pusingan...

NILAI - Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa kecundang seawal pusingan kedua acara...

Ekstremisme Wujud Jika Tidak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata sikap ekstremisme akan wujud sekiranya...

PRN: Presiden SUPP Henti Ceramah Bantu Mangsa Nahas

KUCHING – Malang tidak berbau. Begitulah gambaran secara umum mengenai satu kemalangan jalan raya yang berlaku di sini lewat malam Sabtu ketika demam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 melanda ketika ini.

Uniknya, mangsa nahas mungkin terkejut apabila dia dilaporkan menerima rawatan awal terus di tempat kejadian daripada seorang ahli politik tempatan yang secara kebetulan sedang berceramah dekat kawasan kemalangan itu.

Walaupun jadualnya sibuk dan padat sebagai tokoh politik sepanjang PRN kali ini, tugasnya sebagai seorang doktor perubatan dan pakar jantung masih lagi tidak pernah ditinggalkan demi menyelamatkan nyawa mangsa.

Reaksi spontan itu ditunjukkan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Batu Kawa, Datuk Dr. Sim Kui Hian sebaik sahaja beliau mendengar ada kemalangan berlaku dan kebetulan tidak jauh dari lokasinya berceramah.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu terus meninggalkan tempat ceramah politiknya ketika beliau berkempen pada malam tadi semata-mata mahu memberi rawatan awal kepada mangsa kemalangan jalan raya.

Kui Hian yang bertanggungjawab memulakan unit rawatan jantung di Hospital Umum Sarawak pada 2000 berjaya membantu ribuan pesakit kurang berkemampuan dalam masa sedekad sehingga mula terkenal ke seluruh dunia.

Menurut laporan media, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu dikatakan mengalami cedera parah akibat terlibat dalam kemalangan di persimpangan Jalan Batu Kawa-Matang kira-kira jam 10 malam tersebut.


Beliau kemudian turut mengiringi mangsa nahas berkenaan terus masuk ke dalam sebuah ambulans sebelum sempat memaklumkan kepada seorang jururawat bertugas mengenai keadaan dialami oleh ‘pesakitnya’ itu.

Kui Hian yang dilantik menjadi Presiden SUPP hampir dua tahun lalu bakal ditentang oleh calon DAP, Christina Chiew Wang See dan calon bebas, Liu Thian Leong untuk saingan di kerusi Batu Kawa. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori