Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Campak Bayi: Pasangan Kekasih...

GEORGETOWN - Seorang pelajar sebuah kolej berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai mencampakkan...

Sultan Puas Hati Pengajian...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan dan berpuas hati dengan...

Ipoh Bakal Jadi Kota...

IPOH - Bandaraya Ipoh bakal menjadi bandaraya pembuatan kasut yang terulung dalam negara...

28 Remaja Berbasikal Lajak...

MERSING - Polis menahan 28 remaja bersama basikal lajak (basikal diubah suai) masing-masing...

PRN: Calon PKR Lambir Dihalau Penduduk Rumah Panjang

KUCHING – Ketika pembangkang melemparkan tohmahan konon ada calon Barisan Nasional (BN) tidak diterima rakyat Sarawak ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini, rupa-rupanya ada cerita cuba disembunyikan.

Kecuali calon popular pembangkang di kerusi yang dianggap hitam bagi peluang BN menang, hakikatnya di kawasan kelabu atau putih untuk BN, keadaan adalah sebaliknya hingga jadi bahan bualan masyarakat tempatan.

Terbaharu, kisah calon PKR untuk kerusi Lambir dekat Miri, Mohdar Ismail dimalukan oleh penduduk di sebuah rumah panjang apabila diusir keluar sebagai tanda dirinya ditolak kelompok masyarakat hulu pedalaman itu.

Menerusi visual disebarkan netizen Sarawak menunjukkan seorang lelaki memarahi calon tersebut yang didakwa sebagai kurang ajar ketika rombongan PKR dikatakan mahu berkempen menemui penduduk rumah panjang itu.

Kerusi N.72 ini turut disaingi bekas sekutunya sendiri dari Pakatan Rakyat, Mohammad Arifiriazul Paijo mewakili PAS selain BN, Ripin Lamat dari parti komponen terbesar negeri itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Lambir yang ada 17,533 pengundi berdaftar majoritinya Melayu, dianggap kawasan kelabu kerana BN hanya menang sederhana 1,521 undi pada PRN 2011 lalu dan sebanyak 2,843 undi sahaja pada PRN 2006 sebelum itu.


Kerusi yang dianggap tradisi milik BN-PBB tersebut sering disaingi oleh calon PKR selain pernah juga ditandingi calon bebas dan parti kecil tempatan antaranya Parti Kebangsaan Sarawak (Snap). – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori