Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lesen Sarang Burung Diproses...

KOTA KINABALU - Semua lesen mengenai penternakan sarang burung akan diproses, diluluskan dan...

BASARNAS Yakin Temui Bangkai...

JAKARTA - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) nahas AirAsia QZ8501 yang memasuki seminggu,...

Bekas Senator Akbar Ali...

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Akbar Ali kembali ke rahmatullah...

Nigeria Umum Perintah Berkurung...

BAUCHI - Nigeria mengumumkan perintah berkurung di Plateau, di tengah negara itu semalam,...

PRN: Ceramah Presiden SUPP Makin Diterima Kaum Cina

KUCHING – Di sebalik tohmahan buruk oleh pihak pembangkang konon Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian menerima sambutan dingin, namun hakikatnya ada banyak kisah di sebalik itu yang pasti tidak dilaporkan.

Jika dengar cerita daripada pembangkang, calon BN untuk kerusi Batu Kawa itu disindir konon masih lagi sempat ada banyak masa merawat mangsa kemalangan jalan raya ketika berucap ceramah kempen di kawasan tersebut.

Maklumlah kata jentera pembangkang, tiada sesiapa pun mahu dengar celoteh Kui Hian, seorang pakar jantung terkenal di negeri itu meskipun beliau banyak membantu pesakit miskin ketika berkhidmat di hospital kerajaan.

Barang kali ada baiknya dilihat respons masyarakat Cina Sarawak sendiri menerusi salah satu program ceramah beliau di Dataran 101 dekat sini malam Ahad yang dianggarkan lebih 1,000 orang hadir memenuhi kawasan itu.

Sambutan di luar jangkaan banyak pihak itu memang memeranjatkan kerana pada kelaziman ceramah BN apatah lagi SUPP agak lesu sehinggakan ada salah faham menyangka bahawa ini adalah ceramah calon pembangkang.

13103546_10153581979733133_4622010798496620097_n

13151908_264928853841994_2347851665697005789_n
Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian

sim2

sim4

Berbeza ceramah pembangkang khasnya DAP dipenuhi maki hamun dan kutukan biadap terhadap BN, ceramah Kui Hian masih diterima baik penduduk Batu Kawa waima banyak berkisar isu pembangunan dan modal insan.


Tinjauan Mynewshub juga mendapati poster beliau dan bendera BN bahkan jauh lebih banyak daripada lawannya sendiri, penyandang kerusi itu, Christina Chew Wang See dari DAP selain ditandingi calon bebas, Liu Thian Leong.

Ternyata kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ke kawasan itu minggu lalu memberi impak besar kepada populariti Kui Hian.

Untuk rekod, ketika PRN ke-10 pada 2011 lalu, DAP hanya menang tipis di kerusi itu dengan majoriti 543 undi dan ramai penganalisis tempatan meramalkan BN tidak mustahil buat kejutan mampu merampas Batu Kawa semula. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori