Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Pengundi Saman SPR...

MAHKAMAH Tinggi di Shah Alam hari ini menetapkan Isnin ini untuk membuat keputusan...

Tindakan Mufti Perlis Tak...

IPOH - Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias hari ini menyifatkan tindakan Mufti...

14 Wanita Menang Kerusi...

RIYADH - Sekurang-kurangnya 14 wanita memenangi kerusi majlis perbandaran pada pilihan raya pertama...

Video: Honda Kembali Menyengat...

SEBAGAI peminat tegar kereta Jepun, pengenalan model-model baru yang dikeluarkan oleh Honda pada...

PRN: DAP Berkabung Anak Emas Dikalahkan Calon Wanita PKR?

KUCHING – Tinggal sehari lagi lebih sejuta rakyat Sarawak akan ‘memilih’ dan apa yang pasti beberapa kerusi DUN baharu selain sedia ada menjadi tajuk panas perbualan ‘politik kedai kopi’ sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Antara menjadi tumpuan ialah kerusi baharu Batu Kitang dekat Kuching apabila menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk sesama sendiri antara calon pembangkang Semenanjung, Pakatan Harapan iaitu PKR dan DAP.

Mereka letak ‘ayam sabung’ terkuat dan tidak mahu mengalah serta lebih dahsyat menyalahkan antara satu sama lain kerana menamakan calon di kerusi yang asalnya sebahagian Kota Sentosa sebelum persempadanan semula.

DAP menuduh PKR mencabuli perjanjian yang mereka sama-sama tandatangani dan memalukan apabila PKR pula menyiarkan kenyataan bahawa perjanjian sudah ditandatangani itu konon masih boleh dianggap tidak muktamad.

Hangat diperkatakan bahawa DAP sengaja mencalonkan Abdul Aziz Isa Marindo, bekas kerani di pejabat DUN Parti PBB-BN di Kuching sebelum ‘melompat’ menjadi pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen

DAP dengan megah mencanang ke seluruh alam kononnya inilah satu-satunya calon Melayu dan anak muda berusia 26 tahun yang bakal menang di kerusi baharu walaupun mendapat ‘tentangan’ pemimpin DAP berbangsa Cina.

“Batu Kitang kawasan majoriti kaum Cina dan bagaimana DAP Pusat di ibu negara membuat keputusan meletakkan orang Melayu yang tidak pernah ada rekod bersama DAP?” luah ahli veteran DAP Kuching yang enggan dikenali.

Itu keluhan penyokong tegar DAP namun lebih dahsyat parti tersebut dijangka ‘berkabung’ susulan tinjauan terkini menunjukkan calon PKR, seorang wanita yang pernah ‘dihina teruk’ oleh Abdul Aziz Isa pula bakal menang di situ.

N13 BATU KITANG - PKR VOON SHIAK NI

“Dari malam tadi sudah kecoh di kem PKR, calon mereka, Voon Shiak Ni bakal mengalahkan DAP atau lebih dikenali teman rapatnya sebagai Aziz Cicak atas faktor sentimen pengundi Cina di Batu Kitang” tambah sumber.

Malah menurut beberapa sumber rapat yang agak berkecuali, PKR sudah pun membuat persiapan menyambut kemenangan calon mereka tersebut, seorang peguam berusia 46 tahun itu secara besar-besaran pada 7 Mei ini.


Ia sekali gus menyampaikan mesej kepada DAP agar tidak bersikap ‘Abang Besar’ di Sarawak dan memberi isyarat bahawa masyarakat Cina menolak calon Melayu pernah bekerja untuk PBB, parti komponen terbesar BN Sarawak.

Ini diburukkan lagi pendedahkan nenek calon DAP itu, Hajah Mazuyin Haji Abdul Manan secara terang-terangan berkempen secara terbuka supaya jangan mengundi cucunya yang didakwa ada krisis identiti dan suka berpeleseran.

“Dia sebenarnya belum pun ada isteri sebab lembut macam sotong, bagaimana dia mahu berkahwin…” jelas wanita veteran PBB berusia 76 tahun itu ketika ditanya Mynewshub di rumahnya di Petra Jaya beberapa hari yang lalu.

Dan paling menghilangkan maruah DAP Sarawak apabila Chieng Jen semalam terpaksa merayu ihsan PKR agar Shiak Ni menarik diri sebagai calon setelah mendengar ‘persiapan kemenangan’ oleh PKR sedang rancak diatur.

“Saya merayu kepada PKR supaya mengisytiharkan menarik diri daripada bertanding di kerusi itu,” keluhnya di ibu pejabat DAP Sarawak sekali gus mendedahkan kerisauan parti tersebut yang bakal tumbang teruk di Batu Kitang.

Selain Shiak Ni dan Abdul Aziz Isa, kerusi itu diturut ditandingi calon BN, Lo Khere Chiang serta dua calon bebas iaitu Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng, dalam pertandingan lima penjuru. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori