Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

Kuantan Dilanda Banjir

KUANTAN : Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki...

PKR Umum Tidak Sokong...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam memutuskan parti itu tidak...

“Cukuplah Seorang Ketua Menteri”...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin menyifatkan cadangan...

Pemuda PAS Sarawak Mahu...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Sarawak akan terus komited dengan pakatan pembangkang dalam...

PRN: DAP Tak Boleh Harap Pertahan Hak Bumiputera Sarawak

KUCHING – Serba salah pula sama ada hendak kata bodoh atau biadap, namun kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengenai konon ada askar ‘pengundi hantu’ menyerlahkan lagi tembelang parti itu.

Jika diikuti setiap ceramah kempen pembangkang berasal dari Semenanjung itu, pastinya si penceramah khasnya anak emas DAP, Abdul Aziz Isa Maridon mendakwa konon hanya mereka berlaku adil pertahan hak semua kaum.

Ironi, tohmahan Chieng Jen berhubung proses pengundian awal pada 3 Mei konon dicemari ‘pengundi hantu’ dari Semenanjung membuktikan DAP bersifat prasangka gagal memperjuangkan hak pengundi khasnya bumiputera.

Sebanyak 79 pusat pengundian dibuka pada Selasa untuk membolehkan 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan dan pasangan mereka membuang undi di lokasi ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bayangkan yang datang dibawa menaiki kapal terbang itu askar dan polis serta pasangan mereka berasal dari Sarawak yang kebetulan bertugas di Semenanjung balik ke negeri ini menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Ini bukan luar biasa dan menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih bertimbang rasa membawa anggota pasukan keselamatan dari bumi Kenyalang pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi biasa pada 7 Mei.

Secara umum, majoriti anggota keselamatan itu adalah bumiputera Sarawak dan ramai bukan beragama Islam, malah belum tentu mereka balik ‘pangkah’ BN kerana ada juga mungkin propembangkang atau buat undi rosak.

bas tentera
GAMBAR HIASAN

Justeru dakwaan Chieng Jen terhadap pasukan keselamatan dari Sarawak yang kembali untuk mengundi sebagai pengundi hantu bukan sahaja lucu malah tidak bertanggungjawab sebagai pemimpin parti politik semua kaum.

Beginikah cara layanan DAP hina anggota keselamatan bumiputera Sarawak dan secara tidak langsung memberi gambaran awal bahawa parti itu tidak boleh diharap untuk bela hak bumiputera Sarawak waima isu sekecil ini.


Sepatutnya, DAP konon perjuang nasib bumiputera Sarawak; menghantar aktivis kempen mengedar risalah dan bahan propaganda sambil menyambut ceria pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Inilah peluang keemasan DAP jika konon ‘miskin’ tidak mampu tanggung tiket pergi balik pesawat, sekurang-kurangnya meraikan kepulangan anggota keselamatan Sarawak dari Semenanjung itu dengan penuh meriah.

Sebaliknya apa yang berlaku, DAP hantar ‘perisik’ rakam gambar dari jauh dan kemudian muat naik menerusi media sosial tohmah konon mereka ini pengundi hantu. Memang nampak parti itu kurang ajar dan berniat jahat.

Ini baharu isu mudah dan DAP gagal mempertahankan hak bumiputera Sarawak, belum lagi isu lain namun semua itu sudah pun dapat dilihat sendiri ketika ceramah kempen mereka yang lebih banyak kepada kaum itu sahaja! – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori