Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Najib Persoal Pemimpin India...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal kehadiran ahli...

Penjawat Awam Guna Nama...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu tadbir gred N22 di Pejabat Tanah Daerah Dungun,...

Majoriti Kru Kabin Sykt...

SYDNEY - Kira-kira 65 peratus kru kabin syarikat penerbangan Australia telah berdepan gangguan...

Akta Antiberita Tidak Benar...

KUALA LUMPUR — Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan menjaga kepentingan awam serta...

PRN: Hujan, Ribut Dijangka Kawasan Pantai Sarawak

KUCHING – Pengundi di Sarawak yang bakal menunaikan tanggungjawab mereka dinasihatkan untuk bersedia membawa payung ketika berulang-alik ke pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 ini.

Ini berikutan laporan tinjauan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan membayangkan hujan dijangka turun di beberapa kawasan di seluruh Sarawak sepanjang PRN ke-11 berlangsung pada 7 Mei.

Menurut laporan diterbitkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di jabatan itu, keadaan tersebut disebabkan oleh angin dari arah Timur-Timur Laut yang lemah dijangka bertiup di Sarawak pada sepanjang Sabtu ini.

Sehubungan itu, hujan di satu dua tempat diramal di kawasan pantai Sarawak pada sebelah pagi manakala lewat petang sehingga senja, hujan dan ribut petir di satu dua tempat boleh berlaku di semua bahagian di Sarawak.

Pada sebelah malam pula iaitu ketika tempoh pengiraan, penjumlahan undi dan pengumuman rasmi keputusan PRN ke-11, hujan di satu dua tempat akan berlaku di bahagian tengah dan pedalaman Sarawak sahaja.


Di ibu negeri Sarawak, hujan diramal turun sepanjang hari dengan suhu minimum di sekitar pusat bandar raya Kuching dijangka 24 darjah Celsius dan maksimum ialah 33 darjah Celsius. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori