Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penangguhan Bayaran Pinjaman LPPSA...

PUTRAJAYA - Cadangan penangguhan sementara bayaran balik pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor...

Lelaki Lemas Ketika Cari...

BATU KAWAN - Seorang lelaki yang hilang ketika mencari ketam di tali air,...

Operasi Cari Kru Kapal...

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru USS John S...

19 Juta Pengikut Twitter...

MUMBAI - Dalam dunia filem Bollywood, siapakah yang lebih 'handal' daripada pelakon kacak...

PRN: Pulak Dah DAP Nafi Tak Hajat Pun Nak Hapus GST

KUCHING – Barang kali tersentak dengan cabaran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, DAP tiba-tiba menafikan pula parti itu bakal memansuhkan GST jika mereka menang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.

Lucunya penafian tersebut dibuat tidak sampai pun 24 jam Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu mencabar DAP agar menghapuskan GST terlebih dahulu di Pulau Pinang selain Selangor yang dikuasai oleh PKR sejak 2008.

Bagi sesiapa mengikuti PRN bermula hari penamaan calon lagi pada 25 April lalu, isu GST hebat dimainkan DAP dan sekutunya PKR bukan sahaja dalam setiap ceramah, malah kain rentang, sepanduk dan risalah kempen mereka.

Lebih dahsyat, anak emas DAP, Abdul Aziz Isa Maridon yang juga calon di kerusi baharu Batu Kitang, setiap malam dalam ceramahnya lantang membangkitkan isu konon BN zalim menindas rakyat menerusi pelaksanaan GST.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, anak mendiang Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bahkan pernah berceramah isu GST di kerusi Kota Sentosa yang calonnya, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Dalam ceramahnya itu yang disiarkan Mynewshub secara eksklusif baru-baru ini mendedahkan beliau mendakwa bahawa kerajaan Sarawak patut malu dan wajar mencontohi Pulau Pinang kononnya tidak melaksanakan GST!

Tanpa disedari, beliau terlupa bahawa Adenan sudah lama memansuhkan GST di Sarawak dengan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan menyerap cukai tersebut dalam sebarang kos transaksi perkhidmatan untuk rakyat.

dap gst

Malangnya, fakta itu cuba disorok DAP malah mereka memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula konon akan menaikkan kadar GST daripada enam peratus kepada 10 peratus jika BN menang PRN kali ini.


Begitulah hebat tohmahan jahat DAP sehinggalah Adenan pada Selasa bersuara tegas mencabar DAP memansuhkan GST di Pulau Pinang terlebih dahulu sebagai bukti mampu berbuat demikian di negeri yang dikuasai mereka sendiri.

Ironi ‘malu’ dengan cabaran tidak dijangka itu, Chieng Jen dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Rabu dilaporkan menafikan konon ada cakap isu GST dimansuhkan di Sarawak.

Nampak sangatlah temberang DAP sudah pecah dan terpaksa membuat pusingan U sebagai taktik ‘muka’ tidak bersalah dan penafian inilah dijadikan bahan jentera siber pembangkang demi mengelak tembelang terdedah!

Hakikatnya, rakyat Sarawak sudah nampak jelas di depan mata mereka sendiri ‘wayang permainan’ DAP kerana Adenan tidak akan membuat cabaran tersebut kecuali ada isu besar dimainkan oleh pembangkang sebelum itu.

Persoalannya, jika benar tiada hajat memansuhkan GST, DAP sepatutnya tarik balik semua bahan kempen politik termasuk visual ceramah menerusi Youtube sebagai tanda DAP sendiri pun menyokong kuat GST. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: Adenan Cabar Kerajaan P.Pinang, Selangor Mansuh GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori