Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mak Nyah Tak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang mak nyah yang menjadi viral kerana berbogel sambil menari...

Polis Ikut SOP, Tiada...

KUALA LUMPUR - Tindakan polis menahan seorang doktor perubatan yang melarikan diri ketika...

Awek Pantai Timur Gaduh...

PENGGUNA laman penstriman video YouTube menggunakan nama Staff KV berkongsi tiga video pendek...

Hina Bugis: Polis Rakam...

PUTRAJAYA - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung...

PRN Sarawak: Isu Ceramah Punca Kaum Cina Undi Protes DAP

SESUATU yang cuba disorok pembangkang, kerajaan Sarawak begitu prihatin membenarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memasuki bumi kenyalang untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Apa berlaku sebaliknya Setiausaha Agung DAP itu tidak berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, malah terus menghentam beliau dalam setiap kempen ceramah DAP terutama di Sibu dan Sarikei.

Hakikatnya bukan semua orang Cina di Sarawak suka kepada politik cemuh dan ekstrem. Masih ramai lagi etnik ini memilih perpaduan kaum memandangkan mereka tetap bergantung harap kepada bangsa lain dari segi ekonomi.

Untuk rekod, segala hasil kekayaan yang dimiliki ramai hartawan Cina di Sarawak adalah sumbernya datang terus daripada sumbangan kaum bumiputera Islam dan bukan Islam khasnya etnik Dayak sebagai pelanggan mereka.

Justeru kekalahan DAP terutama di lima kawasan kubu kuat mereka sendiri menjadi titik tolak apabila kaum Cina tempatan menolak politik pelampau DAP yang lebih menjurus kepada perpecahan perpaduan kaum di Sarawak.

dap4

Sebagai contoh tiga kerusi DAP di Dudong, Maradong dan Repok. Sebelum ini tiga kerusi tersebut dianggap sebagai kawasan hitam Barisan Nasional (BN) selama 10 tahun tetapi PRN pada kali ini menyaksikan DAP boleh kecundang.

Begitu juga dua kerusi selamat DAP iaitu Batu Kawah dan Piasau secara mengejut jatuh kepada BN. Pembangkang Semenanjung itu hanya kekal di Padungan, Pending, Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjong Batu dan Pujut.

Mungkin masih ramai tanya kenapa ia terjadi sebegitu rupa. Mengikut tinjauan oleh Mynewshub sendiri terhadap penerimaan pengundi Cina di tiga kerusi itu menyatakan mereka kurang selesa dengan kehadiran Guan Eng.

Pada mulanya mereka bersemangat untuk mendengar ceramah tokoh DAP itu namun apabila mendengar ceramah tersebut, timbul pula rasa tidak menyenangkan dengan intipati kandungan ceramah oleh Guan Eng itu sendiri.

Setiap ceramah beliau tidak henti menghentam dan mencemuh Adenan walhal hakikatnya Pengerusi BN Sarawak itu telah banyak memperjuangkan hak kaum Cina menyebabkan mereka mulai benci dengan ceramah Guan Eng.

dap3

Bahkan tinjauan Mynewshub mendapati, mereka mendakwa dalam setiap ceramah Guan Eng lebih banyak unsur menjurus kepada rasis yang sering diucap sinis dalam bahasa Mandarin agar kaum bukan Cina tidak memahaminya.


Kesilapan Guan Eng menyangka rakyat selain kaum Cina tidak memahami bahasa Mandarin adalah satu kesilapan besar. Kaum Melanau, Melayu, Iban dan Bumputera ramai yang memahami kepelbagaian dialek Cina di Sarawak.

Ini termasuk Hokkien, Foochow, Kung Fu dan sebagainya terutama di kawasan tengah Sarawak. Di sini sudah jelas Guan Eng pun tidak memahami langsung kehidupan harmoni masyarakat majmuk di bumi kenyalang itu sendiri.

Justeru ramai dalam kalangan masyarakat Cina tempatan menyokong usaha Adenan tegas menyekat kemasukan individu dari Semenanjung yang dikesan boleh memecah belah hubungan erat berbagai-bagai kaum di Sarawak.

Malah ramai pula kaum Cina sependapat bahawa Guan Eng punca DAP menerima kekalahan teruk di Sarawak. Memang diakui ada kalangan masyarakat Cina tidak mahu keluar mengundi kerana kerana sikap biadap DAP.

ceramah1

Hati mereka masih setia kepada DAP tetapi untuk menyampaikan ketidakpuasan perasaan kepada pihak ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur akhirnya menyebabkan sebahagian besar tidak mahu datang mengundi sebagai tanda protes.

Ironi kaum Cina yang turun mengundi lebih memilih BN walaupun PRN ke-10 pada 2011 lalu mereka mengundi DAP tetapi kali ini majoriti sedia menolak DAP atas sebab marah kepada kempen politik rasis oleh Guan Eng.

Ternyata PRN ke-11 menyaksikan DAP tumbang teruk sekali di Sarawak disebabkan Guan Eng membawa budaya jauh menyimpang daripada kesepakatan dan perpaduan rakyat Sarawak secara keseluruhan. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: Semangat Jentera DAP Sarawak Semakin Pudar

Juga: Kempen DAP Kali Ini Lesu Berbanding PRN 2011

Lagi: Rakyat Tolak Maki Hamun Aziz Isa ‘Anak Emas DAP’

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori