Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5 Ditahan Terbabit Pecah...

PENAMPANG - Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah...

Kira-Kira 900 Lagi Pakar...

PUTRAJAYA - Kira-kira 900 lagi pakar psikiatris diperlukan di Malaysia bagi menyeimbangkan nisbah...

Dr M Bertindak Di...

SEPANGGAR - Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak di luar batasan...

Azlan Shah Lebih Selesa...

KUALA LUMPUR - Biarpun hanya tinggal satu pusingan sebelum menamatkan Kejuaraan Motosikal Asia...

PRN: SPR Jangka 85 Peratus Pengundi Tunai Hak

KUCHING – Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berharap menyaksikan kadar pengundi menunaikan tanggungjawab antara 80 hingga 85 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ditemui pemberita di sini hari ini, beliau berkata, SPR pada mulanya menetapkan sasaran sehingga 75 peratus namun kini Mohd. Hashim berharap peratusan pemilih untuk keluar mengundi akan lebih tinggi pada 7 Mei.

“Saya berharap pengundi akan cuba membuang undi seawal hari kerana dijangka hujan bakal turun pada sebelah petang. Sila bawa bersama payung dan jika boleh tetapkan masa sebelum keluar rumah,” kata beliau lagi.

Mohd. Hashim sebelum itu melakukan lawatan ke sebuah pusat penjumlahan undi untuk kerusi Batu Lintang di Dewan Masyarakat di sini sambil mengambil peluang beramah mesra dengan sebilangan petugas SPR.

Beliau turut melahirkan perasaan gembira dengan persiapan cukup rapi untuk menjayakan hari pengundian di seluruh negeri esok yang menyaksikan seramai 21,000 petugas SPR berkhidmat pada PRN ke-11 kali ini.

Semua pusat pengundian bakal dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ada yang mungkin boleh ditutup awal 9.30 pagi atau 2 petang manakala selebihnya jam 5 petang bergantung kepada jumlah pengundi di kawasan itu.


PRN kali ini memperlihatkan seramai 228 calon termasuk 36 calon bebas bertanding merebut 82 kerusi dengan Barisan Nasional sudah menang tanpa lawan di dua kerusi iaitu Bukit Sari dan Bukit Kota. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori