Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KKLW Cadang Pasang Kabel...

TAWAU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercadang memasang kabel bawah laut...

Dua Lelaki India Cuba...

Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara berbilang agama dan bangsa, semua anggota...

Goldman Sachs, Kerajaan Muktamad...

NEW YORK - Goldman Sachs Group Inc dan kerajaan Malaysia memeterai perjanjian bagi...

Datuk Red Kongsi Rahsia...

SUSULAN penyebaran video menunjukkan suami Adira, Datuk Red sedang merangkul mesra pinggang pelakon...

Program Kerohanian Hiasi Ramadan TV AlHijrah

KUALA LUMPUR – Bagi menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan Ramadan pada tahun ini, saluran televisyen Islamik, TV AlHijrah menghidangkan pelbagai program kerohanian bagi pengisian berilmiah buat pengikut setianya.

Antara program-program yang telah disusun ialah 30 Minit Bersama Ustaz Kazim Elias, Finding Him With Aliza Kim, Dokumentari Nuzul Quran: Halaqah Makassar, Ayat Riwayat Muhammad Utusan Terakhir: Palestin, Sirah Bumi Anbiya, Ziarah Cinta Di Bumi Uthmaniah, Lazeez Jiddan, Queen of the Deen dan Walk His Way yang dihoskan oleh Mizz Nina.

2
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izelan Basar berkata penerapan program kerohanian ini akan mewarnai sepanjang 30 hari Ramadan dan sebarang program berbentuk hiburan dan drama akan dihentikan seketika bagi menghormati bulan mulia.

“Sepanjang 30 hari Ramadan kami akan menyajikan program berbentuk kerohanian bagi bersama-sama menghidupkan pengisian penuh berilmu dan bermanfaat buat umat Islam.

“Ini adalah bersesuaian dengan tema TV AlHijrah, Penghijrahan Fenomena dan Islam is First Class yang cuba diterapkan oleh kami untuk penonton di luar sana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramadan Screenings 2016 ‘Ramadan Bulan Kegembiraan’ di Hotel Royal Chulan, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Dr. A. Bakar Sarpon dan Pengurus Besar Kanan TV AlHijrah, Zainal Rashid Ahmad.

13

7

Selain daripada itu, TV AlHijrah juga bakal bersiaran selama 24 jam sehari bermula 1 Jun ini.

“Bermula 1 Jun ini, TV AlHijrah akan menemani penonton berterusan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dengan kandungan program yang pastinya akan memberikan kepuasan maksimum kepada penonton.

“Pastinya ia siaran 24 jam yang penuh manfaat dan memantapkan iman!” ulas Izelan lagi.

BACA: Dulu Sembah Semua.. Tapi Kini Hati ALF Pada ALLAH

6
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar dan Abang Long Fadil dari Singapura.

TV AlHijrah juga bakal melangkah setapak ke hadapan apabila radio Hijrah.FM bakal diperkenalkan bagi meluaskan lagi perkongsian ilmu kepada penonton dan pendengar mereka.

Stesen radio Internet ini, www.hijrah.fm bukan sahaja boleh diakses di Malaysia malah di seluruh dunia dan akan memulakan siarannya bermula 1 Ramadan ini (6 Jun).


Antara yang bakal diperdengarkan selain dari lagu-lagu keagamaan adalah rancangan bual bicara bersama agamawan, kumpulan profesional, berita dalam negara dan antarabangsa serta pelbagai rancangan menarik lain.

Bagi menghangatkan lagi sambutan Ramadan, TV AlHijrah juga mengambil pendekatan bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada menerima, mereka juga telah memperkenalkan 10 buah trak makanan yang akan memberikan bubur lambuk secara percuma sepanjang bulan Ramadan ini.

8

9

“10 buah trak makanan ini akan mengagihkan bubur lambuk secara percuma di sekitar Lembah Klang dan penonton boleh mengetahui lokasi pengagihan menerusi saluran TV AlHijrah pada setiap hari.

“Untuk menghidupkan kemuliaan Ramadan dengan ajaran Rasulullah agar kita bermurah hati menyediakan makanan untuk yang berpuasa, TV AlHijrah akan mengagihkan sejumlah 3000 bungkusan bubur lambuk dengan kerjasama Masjib Kampung Baru di sekitar kawasan Lembah Klang bermula 1 Jun ini.

“Siri jelajah 10 buah trak makanan ini akan disertai tenaga kerja TV AlHijrah termasuk barisan pengurusan tertinggi dan personaliti,” kata Izelan lagi.

Majlis Ramadan Screenings itu juga diserikan dengan kehadiran personaliti seperti Ustaz Don Daniyal, Ashraf Muslim, Raja Farah, Mizz Nina, Aliza Kim, Abang Long Fadil dan Zoraya Vadillo. – MYNEWSHUB.CC

Ustaz Don Daniyal
10
Ashraf Muslim
Raja Farah
3
Mizz Nina
Aliza Kim
5
Abang Long Fadil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori