Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pusat Teknologi Mempelam Di...

ALOR SETAR: Selain terkenal dengan keindahan Pulau Langkawi, rupa-rupanya banyak lagi keunikan yang...

Raja Permaisuri Sampai Sumbangan...

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan...

GAMBAR: Buaya Gemuk Ikut...

PENGUNJUNG di sebuah kelab golf yang terletak di Englewood, Florida digemparkan dengan kehadiran seekor buaya bersaiz amat...

Covid-19: China Hantar Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan China hari ini menghantar bekalan perubatan ke Hospital Sungai...

Projek CSR Bantu Usahawan IKS Kuasai Iklan TV

RAMADAN bulan limpahan amal dan bulan kemurahan rezeki.

Bagi usahawan produk Ramadan dan Syawal, ini berita gembira menjelang kedatangan Ramadan.

Secara konvesional, kedatangan Ramadan bagi peniaga kecil ialah berebut tapak perniagaan di bazar-bazar jualan dengan permit perniagaan sementara.

Atau lebih berani lagi, tanpa takut risiko disaman penguatkuasa, mereka nekad meneroka ceruk jalan dan simpang untuk membuka tapak berniaga.

Ini fenomena orang mencari rezeki setiap kali datangnya Ramadan.

Siapa yang prihatin dengan gejala ini? Apakah jalan keluar untuk keserabutan ini?

Pernah anda mendengar Program Korporat Penyayang (CSR) babitkan siaran iklan televisyen khusus membantu usahawan kecil?

Wow! Bukankah airtime televisyen sangat eksklusif dan mahal harganya?

Ramadan bulan beramal. TV Alhijrah #SegalanyaBermulaDiSini mengorak langkah untuk memacu industri televisyen agar lebih prihatin dan bersifat ehsan serta mesra usahawan dan peniaga kecil.

“Kami dedikasi seluruh ruang iklan berkos rendah sepanjang Ramadan ini sebagai program CSR khas untuk peniaga dan usahawan kecil.

“Anda semua kami raikan sebagai tetamu Ramadan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.


Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

TV bukan sekadar meraih untung dengan mengaitkan harga iklan dan rating tontonan. Bagi TV AlHijrah, platform penyiaran juga harus bersifat memacu usahawan kecil dan sederhana (IKS) untuk menembusi siaran iklan televisyen.

“Kami tawarkan kos murah sejajar dengan nilai ihsan dan semangat untuk melihat produk IKS berada di jajaran arus perdana,” kata Izelan.

Ribuan jenama produk IKS hanya mampu bergantung harap pada konsep iklan gaya lama kerana mereka tidak mampu menanggung kos iklan televisyen yang mahal.

CSR Iklan Ramadan & Syawal ini satu sumbangan TV AlHijrah sebagai cara untuk membantu pemain IKS menikmati iklan televisyen dengan kos yang murah dan berbaloi.

“Kami ingin buktikan jenama Islam juga bererti membuktikan sikap prihatin demi memacu kebangkitan IKS,” kata Izelan.

Bagi peniaga kecil dan usahwan IKS jangan lepaskan peluang.

Ikuti details tawaran eksklusif ini di Facebook TVAlHijrah dan Instagram tvalhijrah114. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori