Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KJ Harap Pembelian FC...

PUTRAJAYA - Impak positif kepada pembangunan bola sepak negara melalui pembelian kelab Itali,...

Farhah Taharin, Penipu Laman...

ZAMAN serba canggih kini membuatkan masyarakat beralih kepada membeli barangan mahu pun mencari rumah...

Dalang 2 Kes Samun...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang jurujual kedai emas dipercayai perancang utama dua...

Nik Aziz Pamer Ketokohan...

LABUAN - Kepimpinan PAS Labuan menyifatkan pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul...

Rafizi Serah Bukti Rasuah Seks Kerajaan Selangor – SPRM

PUTRAJAYA – Sekalipun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kegiatan rasuah minta wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor adalah fitnah terancang, namun Rafizi Ramli tetap tidak berganjak.

Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan itu muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan sendiri bukti mengenai dakwaan yang beliau pernah bangkitkan itu.

Rafizi tiba kira-kira 12 tengah hari diiringi hampir 30 penyokong termasuk Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah dan Naib Ketua Anak Muda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mokhtar.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor pada Jumaat lalu dalam reaksi isu dibangkitkan Rafizi mendakwa konon orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri tersebut.

Timbalan Presiden PKR itu malah mendakwa pembocor rahsia yang sengaja menyebarkan isu skandal rasuah seks tersebut konon sebagai sengaja cuba melakukan serangan jahat dan semberono terhadap pihak kerajaan Selangor.

“Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudian menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” kata Azmin lagi.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan akan mengemukakan semua bukti rasuah skandal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita seksi dan wang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu Wan Azizah membuat kejutan apabila mengarahkan Rafizi agar menyerahkan semua bukti tersebut kepada pihak SPRM untuk disiasat seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR.

Rafizi Serah Bukti Rasuah Seks Kerajaan Selangor - SPRM

Hubungan Azmin dengan Wan Azizah dilaporkan ‘dingin’ ekoran tindakan Ahli Parlimen Gombak itu memberi watikah pencalonan tanpa pengetahuan isteri Anwar Ibrahim tersebut pada Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak.


Ini menyaksikan berlaku pertembungan sesama calon pembangkang sekali gus menyebabkan Barisan Nasional menang besar termasuk merampas banyak kerusi daripada wakil pembangkang ekoran kemelut dalaman itu.

Keadaan kemudian diburukkan lagi selepas itu apabila Azmin terburu-buru mengumumkan telah berunding dengan PAS bagi penentuan calon untuk menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Padahal situasi sebenarnya Pakatan Harapan tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara itu seperti mana penglibatan musuh ketat Anwar, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam program Deklarasi Rakyat sejak awal tahun ini.

Ia mengakibatkan Anwar terpaksa mengutus surat rahsia dari Penjara Sungai Buloh untuk memberi amaran keras berhubung ‘agenda tersirat’ Mahathir bagi menghancurkan Pakatan Harapan yang kini dijayakan oleh Azmin pula.

Azmin yang pernah bertugas sebagai pegawai khas Mahathir sebelum dipinjamkan kepada Anwar pada 1990-an lalu dianggap amat rapat dengan negarawan berkenaan termasuk ketika dirinya terlantar nazak di hospital waktu itu.

Sebaliknya Anwar selepas dipecat secara zalim oleh Mahathir pada 1998 ekoran kes liwat yang pertamanya sering mengutuk keras bekas bosnya itu sebagai manusia diktator firaun mahazalim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori