Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seleweng Sukuk RM596 Juta,...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk pengarah dan ketua pegawai...

Manifesto BN Kedah Tampil...

ALOR SETAR - Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-14...

Rezeki Gadis OKU Jual...

KEMAMAN - Sejak berita kegigihan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) jual kuih...

Malaysia Airlines Sasar Tahun...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menyasarkan 2019 bakal menjadi tahun lebih cerah bagi...

Raja Ema Pakai Baju Sanding Bikin Netizen Kecoh

SEMALAM, netizen kecoh apabila sekeping foto Raja Ema berpakaian cantik persis seorang mempelai tersebar di laman sosial.

Foto yang dimuat naik tanpa sebarang kapsyen itu telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat aktres ini.

Adakah Raja Ema bakal menamatkan zaman jandanya?

Penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an itu yang lebih mesra dipanggil Kekma akui dirinya menerima banyak lamaran jejaka yang mahu menyuntingnya.

Malah Kekma juga pernah memberitahu sebuah portal hiburan bahawa dia akan menamatkan zaman jandanya dan  bersara daripada dunia hiburan.

Raja Ema Pakai Baju Sanding Buat Netizen Kecoh
Raja Ema

“Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan,” katanya.

Pelantun lagu Jejaka Idaman ini telah dihubungi oleh sebuah portal akhbar bagi mendapatkan penjelasan berkenaan gambar yang menjadi tanda tanya netizen itu.

Menurut penjelasan Kekma kepada portal itu, foto tersebut adalah salah satu babak dalam telefilem terbaharunya untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) bergandingan dengan pelakon Kazarudin Saisi atau lebih dikenali Kazar.

“Oh, jangan salah sangka pula. Itu gambar Kekma dalam telefilem Man Kobena untuk siaran RTM. Dalam cerita itu, Kekma kahwin dengan pelakon Kazar,” katanya kepada portal itu.


Raja Ema Pakai Baju Sanding Buat Netizen Kecoh

Tambah Kekma lagi, dia perlu memikirkan semula hasrat untuk bersara dari dunia seni setelah berkahwin memandangkan rezeki yang mencurah-curah datang.

“Itulah… Kalau nak bersara jika berkahwin dengan lelaki berkenaan, banyak pula rezeki yang datang sekarang ini. Pening juga Kekma,” katanya.

“Baru seronok nak kembali menjalani penggambaran. Kekma kena fikir masak-masak soal ini,” katanya yang kembali hidup solo sejak lima tahun lalu.

Difahamkan Kekma pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1993 dan dikurniakan dua cahaya mata namun bercerai dan berkahwin buat kali kedua tetapi masjid yang dibina tidak bertahan lama kerana turut mengalami nasib sama. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori