Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

WOW! Tuah Popular, King...

'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?' - peribahasa ini...

Harum Manis Lebih Lazat...

PADANG BESAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk...

Program B’Frenz Sasar Produk...

645 RIBU usahawan tempatan yang selama ini bergantung pada keadah pemasaran percuma di...

BR1M Akan Diagihkan Bermula...

KUALA LUMPUR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira...

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Bagan Serai Menggunakan ETS

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat dari Kuala Lumpur ke Bagan Serai, Perak menggunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Seri Paduka berangkat dari Stesen Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi diiringi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad dan dijangka tiba di Stesen Bagan Serai pada pukul 1.30 tengah hari.

Eksekutif Komunikasi Korporat KTMB Nor Mas Tita Shoffri berkata ini merupakan julung kali Seri Paduka menaiki perkhidmatan ETS sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada tahun 2010.

Beliau berkata perjalanan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu memberi peluang kepada Seri Paduka untuk melihat pemandangan kawasan yang dilalui ETS.


Sementara itu, Kapten ETS Muhammad Rodi Mustapha, 39, berkata beliau berasa bertuah kerana terpilih memandu tren yang membawa Tuanku Hajah Haminah.

“Saya dipilih antara yang terpilih dan berterima kasih kepada pihak KTMB kerana memberi kepercayaan untuk memandu tren ini,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih 17 tahun memandu tren. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori