Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembaikan Landasan Kereta Api...

KUALA KRAI - Kerja pembaikan landasan kereta api di negeri ini yang rosak...

Saudi Mula Bayar Tunai...

RIYADH - Arab Saudi mula membayar 2 bilion riyal (kira-kira RM2.2 bilion) semalam...

2 Kanak-Kanak Antara Dikesan...

PUTRAJAYA - Dua kanak-kanak berusia tiga dan dua tahun dikesan positif Covid-19 hari...

Seramai 7 Penagih Dadah...

ALOR SETAR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan menahan 17 penagih dadah dalam...

Panama Papers: Raja Saudi Taja USD80j Untuk Kempen Netanyahu

TEL AVIV: Isaac Herzog, Ahli Knesset (Parlimen) dan Pengerusi Parti Buruh Israel mendedahkan bahawa Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz merupakan pembiaya kempen pilihanraya Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor Almasdar News, semalam.

“Pada Mac 2015, Raja Salman telah mendepositkan USD80j sebagai tanda sokongan terhadap kempen Netanyahu melalui warga Syria-Sepanyol bernama Mohamed Eyad Kayali.

“Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat di kepulauan British Virgin milik Teedy Sagi, seorang bilionair warganegara Israel dan ahli perniagaan yang telah memindahkan jumlah wang itu untuk membiayai kempen PM Israel Benjamin Netanyahu,” kata Herzog dalam petikan daripada dokumen Panama Papers yang telah dibocorkan pada 4 April lalu.

Bagaimanapun, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa niat sebenar Raja Salman mendepositkan jumlah wang yang banyak itu adalah sebagai langkah untuk ‘memujuk’ Israel agar akhirnya mempersetujui perjanjian Keamanan Arab 2001 yang sehingga kini belum berjaya untuk mendapat respon daripada Jerusalem, menurut laporan akhbar Jerusalem Post.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori