Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Babak Cium Dirakam, Jangan...

PANAS, panas, panas! Baru saja berlalu kontroversi pihak ketiga berkaitan video Fathia Latif,...

Rumah Peniaga Musnah Terbakar...

SEREMBAN - Sebuah rumah kayu satu tingkat milik seorang peniaga musnah terbakar di...

“Dego Ride Jangan Cabar...

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat...

MB N.Sembilan Nafi Galak...

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menafikan bahawa ucapannya...

Rajinikanth Terkejut Rosyam Nor Sudi Jadi Watak Sampingan

LEGENDA filem Tamil, Rajinikanth pernah mempersoalkan keputusan pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang bersetuju berlakon memegang watak sampingan dalam filem Kabali.

Perkara itu itu didedahkan oleh Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49.

_89380260_032576672-1
Rosyam Nor
Antara 'scene' Rosyam Nor dalam filem Kabali.
Antara ‘scene’ Rosyam Nor dalam filem Kabali.

Menurut Rosyam, Rajinikanth bertanya sedemikian selepas mengetahui Rosyam adalah seorang pelakon berpengalaman dan sering memegang peranan utama dalam filem dan drama Melayu.

“Saya pada awalnya terkejut juga dia datang berbual dengan saya dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai karier saya di Malaysia.

“Dia juga bertanya kenapa saya bersetuju berlakon dalam filem berkenaan menerusi watak sampingan walaupun saya sudah mempunyai pengalaman besar dalam bidang lakonan.

“Saya beritahu dapat bersama dia adalah satu kejayaan besar dalam karier saya dan ia pengalaman yang mungkin tidak akan ada lagi selepas ini,” katanya kepada mStar Online.


Selain Rosyam, dua lagi pelakon lelaki tanah air yang turut terlibat dalam filem Kabali adalah Norman Hakim dan Zack Taipan.

Pada masa yang sama, Rosyam mengakui impak berita dia terlibat dalam filem Kabali membuatkan dia kini mempunyai lebih ramai peminat dari masyarakat bukan Melayu.

Ini kerana jelasnya, banyak peminat bukan Melayu mula mengikuti akaun Twitter dan Instagram miliknya.

Kabali dijangka menemui penonton di pawagam pada Julai depan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori