Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

117 Ditahan Dalam Serbuan...

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua...

Puspakom Sedia Tambah Baik...

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh...

Polis Kesan Empat Lagi...

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan, ada empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia...

Video: Kejam… Suami Prank...

MAK AII....kalau perkara ini yang menimpa diri kita, agak-agaknya boleh kena serangan jantung...

Raya Terakhir Sebagai Lelaki Bujang – Azwan Kombos

TAHUN lalu, hubungan cinta antara pendatang baharu, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos, bukan lagi rahsia bagi peminat dan juga media tempatan.

Malah Ezzaty turut berkongsi dengan media bahawa dia senang dan selesa bersama Azwan yang pandai mengambil hati dan peramah.

Demi membuktikan tanda cinta, Azwan telah menghantar rombongan merisik kekasihnya itu di kediamannya di Bentong, Pahang pada Mac lalu.

Raya Terakhir Saya Sebagai Lelaki Bujang- Azwan Kombos

Menurut Azwan, 31; kepada sebuah portal, mereka tidak akan mengikat tali pertunangan sebaliknya akan terus melangsungkan perkahwinan.

“Tarikh pernikahan kami belum tetapkan lagi. Tetapi saya akan bertemu dengan keluarga Ezzaty as soon as possible untuk menetapkan tarikh hari bahagia kami,” katanya kepada sebuah portal beberapa bulan lalu.

Terbaharu, pasangan ini ketika ditemui di sebuah majlis menjelaskan bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini dan masih mencari tarikh yang sesuai untuk hari bahagia itu.


Raya Terakhir Saya Sebagai Lelaki Bujang- Azwan Kombos

“Raya tahun ini merupakan raya yang terakhir saya sebagai bujang. In shaa Allah kami akan bernikah selepas hari raya tahun ini. Tanggungjawab kita sendiri akan bertambah dan perlu banyak bermuhasabah diri,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzaty turut berkongsi mengenai persiapan kahwin mereka yang berjalan lancar walaupun sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

“Alhamdulillah persiapan berjalan dengan lancar, kerana saya ada team sendiri yang dilantik untuk menguruskan segala hal perkahwinan ini,” jelas Ezzaty.

Difahamkan, bakal pasangan pengantin baru ini mengimpikan sebuah konsep perkahwinan yang santai. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori