Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gumpalan Halus Biru Ditemui...

MENJIJIKAN! Seorang wanita mendakwa menemui satu cebisan gumpalan halus berwarna biru di dalam...

Edar Ais Krim, Katil...

AKTIVIS masyarakat Datuk Seri Jamal Md. Yunos, sekali lagi 'menyerang' Bangunan Setiausaha Kerajaan...

Surat Lin Dan Kepada...

SURAT menyentuh hati yang dikatakan di tulis oleh pemain badminton dari China, Lin Dan...

PLKN Kumpulan Tiga Siri...

KUALA LUMPUR - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menangguhkan pelaksanaan Program Latihan Khidmat...

Rayani Air: DCA Terima Jawapan Dan Fakta Untuk Teruskan Siasatan

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menerima jawapan dan fakta secukupnya berhubung kegagalan syarikat penerbangan Rayani Air beroperasi dan digantung lesen penerbangannya pada 11 April lepas.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata siasatan akan diteruskan berdasarkan maklumat daripada inkuiri pertama.

“Segala jawapan dan fakta yang diberi akan dianalisis oleh DCA.

“Sama ada DCA berpuas hati atau tidak dengan fakta-fakta tersebut, itu saya tak boleh kata sekarang…tapi semua soalan telah dijawab oleh pihak Rayani Air,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menjadi speaker pada Forum Industri Penerbangan: Menuju ke Hadapan, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur, di sini Sabtu.

Azharuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian soalan yang dikemukakan ketika sesi inkuiri bersama pengasas Rayani Air Datuk G. Karthiyani pada Khamis lepas di ibu pejabat DCA di Putrajaya.

Beliau berkata, inkuiri dilakukan berdasarkan Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Malaysia 1996.


Katanya, DCA tidak akan menjalankan inkuiri kali kedua.

“Buat masa ini, kami tidak akan mendedahkan sebarang maklumat sehingga siasatan terhadap inkuiri pertama selesai,” katanya.

DCA menggantung sementara operasi syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air selama tiga bulan bermula 11 April.

Susulan notis penggantungan yang dihantar kepada syarikat penerbangan itu pada tarikh yang sama, DCA akan melaksanakan audit keselamatan menyeluruh operasi Rayani Air untuk menilai pematuhannya kepada Sijil Pengendali Udara (AOC). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori