REMAJA perempuan yang maut terjatuh ketika bermain di sebuah taman tema (funfair) pernah mengadu kepada rakannya di sebelah bahawa tali keselamatan yang dipasangkan kepadanya tidak berfungsi sepenuhnya.
Samantha Aguilar, 16, maut selepas menaiki permainan Sizzler sempena satu karnival yang diadakan berdekatan dengan kediamannya di Texas, Amerika Syarikat, Jumaat lalu.
Mangsa maut selepas terjatuh dihempap besi sementara rakannya yang berusia 15 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurut seorang saksi, staf yang mengendalikan permainan itu mengatakan mereka akan selamat biarpun tidak memasang alat keselamatan untuk ride yang dimainkan mangsa.
Pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkan insiden berdarah terbabit. – MYNEWSHUB.CC