Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ugutan Pengerusi NGO: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan mangsa berhubung aktiviti...

Jana Wibawa: 5 Hakim...

Lima hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan permohonan semakan Muhyiddin Yassin untuk mengembalikan...

‘Terus Mencintai’ Pengalaman Duka...

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama selesa menjadi penyanyi, Siti Nordiana kini mencuba...

Mangsa Banjir Di Rompin...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Rompin sehingga 9 pagi ini masih kekal...

Remaja Maut Terjun Tingkat Empat Plaza Low Yat

KUALA LUMPUR – Seorang remaja Cina mati selepas nekad terjun dari tingkat empat Plaza Low Yat semalam.

Insiden itu berlaku pada pukul 11.30 malam ketika semua peniaga sibuk mengemaskan barang-barang jualan masing-masing.

Mangsa yang berusia 22 tahun itu dikenali sebagai Tan Wai Kit berasal dari Kampung Baru, Slim River, Perak.

Pengunjung pusat beli-belah yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi pihak Hospital Kuala Lumpur untuk meminta bantuan.

Remaja Maut Terjun Tingkat Empat Plaza Low Yat

Menurut Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur, Shahrul Kamar Mohd. Johari, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.41 malam dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia.


Menurut siasatan daripada pihak polis, mangsa merupakan salah seorang daripada pekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit di plaza berkenaan beberapa bulan lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, bekas majikan mangsa telah membuat laporan polis berikutan berlaku pecah amanah melibatkan mangsa.

Namun semasa mengiringi mangsa turun dari tingkat empat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa, Wai Kit tiba-tiba lari dan melompat terjun dari aras berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori