Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

So Sweet! Shaheizy Sam...

SEJAK bergelar bapa lebih dua minggu lalu, aktor Shaheizy Sam mengakui hidupnya berubah...

Tiada Laporan 3R Diterima...

Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum,...

Ciplak Lagu, Ed Sheeran...

ENGGAN memanjangkan isunya didakwa menciplak lagu, penyanyi terkenal Ed Sheeran akhirnya mengambil jalan...

Mufti Perlis Puji Remaja...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Richard Morais Akan Dipanggil Semula Untuk Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Datuk Richard Dillan Morais, adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disumbat di dalam tong dram, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam Datuk N. Sivananthan berkata tujuan memanggil semula Richard Morais adalah untuk mengesahkan penerimaan borang daftar kematian dan permit penguburan Kevin Morais daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang ditandatangani Dr Ahmad Hafizam Hasmi pada 22 Okt 2015.

“Kami memohon supaya pendakwaan memanggil semula (ke mahkamah) Richard Morais mengikut Seksyen 51A (5) Kanun Tatacara Jenayah. Semasa perbicaraan ini, Richard Morais tidak memberitahu mahkamah beliau ada menerima borang ini dan kami (pembelaan) tidak sedar tentang borang ini sehinggalah pagi ini.

“Jadi, kami ingin memohon supaya Richard Morais dipanggil semula ke mahkamah untuk pemeriksaan semula,” kata Sivananthan pada perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan Kevin Morais di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.


Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori