Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

WARISAN Intai 26 Kerusi...

PRU15 | Warisan akan mempertaruhkan 26 calon di kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia...

Himpunan Bangkit Pertahan Jawi...

KUALA LUMPUR - Tibanya hari cuti, kawasan hadapan Kompleks Sogo lazimnya meriah dengan...

Bojan Puas Hati Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak tetap berpuas...

Purata Keciciran Murid Sekolah...

KUALA LUMPUR - Purata peratusan keciciran murid sekolah rendah bagi tempoh 2014 hingga...

Rita Dijatuhi Hukuman Mati, Miliki Dadah Jenis Syabu

GEORGE TOWN – Rita Krisdianti, 28 tahun, yang ditahan polis pada 10 Julai 2013 lalu akhirnya dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi George Town, di sini semalam.

Setelah menjalani 18 kali perbicaraan mahkamah, wanita warga Indonesia ini sering menafikan dengan sengaja memiliki dadah yang dibawanya dan mengaku dirinya terperangkap.

Bagaimanapun Presiden Indonesia, Joko Widodo atau juga disebut Jokowi sehingga kini tidak berbuat apa-apa untuk melindungi rakyatnya yang berasal dari Ponorogo itu.

Jurucakap sebuah badan bukan kerajaan Indonesia, Buruh Migran Jakarta, Lily Djatmiko menyatakan kes Rita adalah contoh kecil pekerja Indonesia di luar negara bernasib malang menjadi mangsa perdagangan dadah.

Rita Dijatuhi Hukuman Mati, Memiliki Dadah Jenis Syabu
Rita Krisdianti, 28 tahun.

Menurut laporan media, Rita mendakwa dirinya pekerja yang dihantar oleh PT Putra Indo Sejahtera Madiun ke Hong Kong, China pada Januari 2013.

Dia kemudian dikembalikan kepada agensinya di Hong Kong untuk mengeluarkan kad visa pekerja. Pada Julai 2013, Rita pulang ke Indonesia kerana sudah tiga bulan berada di rumah agensinya di Macau.


Semasa hendak pulang, salah seorang kawannya menawarkan pekerjaan sampingan berupa kain sari dan pakaian sebelum memintanya pergi ke New Delhi, India.

Di sana ada seorang yang meminta Rita untuk membawa beg pakaian itu ke Pulau Pinang. Malang semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada 10 Julai 2013, Rita ditangkap oleh polis.

Dia akhirnya didapati bersalah kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 4 kilogram dan dihukum gantung sampai mati. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori