Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sangkal Dakwaan Kad Paywave...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan hari ini menyangkal dakwaan di media sosial bahawa...

Representasi Lydiawati Ditolak, Bicara...

KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara menolak representasi pelakon era 1990-an Lydiawati bagi...

PAS Bimbang Mueller Urus...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) kurang senang dengan pelantikan Ketua...

Ayuh Ke Gatti Mega...

Nak beli barangan sukan, tapi nak jimat? Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli pelbagai barangan sukan pada harga yang tak masuk akal! Potongan harga sehingga 70% ditawarkan! Harga dari RM10 sahaja!Selain itu, ada promosi beli sepasang kasut larian jenama Nike pada harga RM199 sahaja! Nak lebih berbaloi anda boleh dapat 3 pasang pada harga RM399!

Rumah Panjang 18 Pintu Di Bintulu Musnah Dijilat Api

MIRI – Perayaan Gawai yang bakal disambut pada 1 dan 2 Jun ini tidak bermakna buat 110 penduduk Rumah Panjang Champing, Batu 20 Jalan Bintulu-Miri apabila rumah mereka hangus dijilat api awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata bomba menerima panggilan pada pukul 1.34 pagi dan tiba di tempat kejadian yang terletak 32km dari Balai Bomba Bintulu pada pukul 2.10 pagi.

“Sejurus sampai ke tempat kejadian, api sudah marak dan rumah panjang kayu 18 pintu itu musnah sama sekali akibat kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 3.18 pagi manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.


Kebakaran melibatkan rumah panjang di Bintulu adalah yang kedua dalam minggu ini selepas yang pertama berlaku pada 11 Mei lalu melibatkan lebih 200 penduduk rumah panjang Asmidy Agau, Long Urun, Belaga, Bintulu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori